Isnin, 28 April 2014

ucapan takziah.

assalamualaikum, mih mih lama rasanya aku tak update blog ni. memang aku sengaja malas nak update. mana tak nya. aku penat penat update sampai menitis peluh di dahi, sorang pon tak nak hadap natang blog aku ni.. ulalala~~

straight to the point je laa memandangkan aku ni sibuk macam pegang jawatan tinggi atas muka bumi ni. dengan esaimen melambak atas meja aku, dengan nasi ayam nya. aku tak tahu nak dahulukan mana dulu. so aku pilih untuk ke tandas. kan dah tetibe melalut sampai tandas. =='

baru baru ni, maksudnya semalam lah, hari ahad. kawan kepada kawan aku ni meninggal. aku tak kenal arwah tu. hubungan dia dengan aku jauh sangat. kawan aku sendiri yang aku selalu lepak sesama pon aku lupa nama kekadang, inikan pulak orang jauh. ayat skema tak leh blah. pape je laa..

nak dijadikan cerita, masa tu hampir zohor, kawan aku ni dapat kol, katanya kawan dia meninggal. dia pon agak terkejut laa.. aku pon terkejut. muda lagi, sebaya dengan aku. ye laa.. orang kata kan, maut x kenal usia. bila sampai ajal, tak leh buat pape dah.

so, masa zohor kan, aku memang biasa jemaah dengan rumet aku. sebab nak isi borang usrah.. =='' tak pa lah. at least aku buat. then, aku ajak laa kawan aku ni solat. masa tu dia tengah bukak lappy. dia cakap nanti jap. aku pon ok je laa. tak kisah sangat. biarlaa.

aku ingat ade mende penting dia nak setel, sampai bleh pause solat. semangat aku tunggu. rupenye on fb, g post kat wall arwah.
 "innalillahi wa inna ilaihi rajiuun."
sekali arab daa.. siap terjemahan dia bagi.

dalam kes ni, ade beberapa perkara aku tak paham:

1. penting sangat ke update status kat wall arwah, sampai terpaksa pause solat?

2.  dia post status kat wall arwah tu untuk sape? arwah tu dah meninggal dah. memang tak mungkin laa arwah nak on9 tengok orang post kat fb dia kan? aku rasa laa, daripada sibuk dia post kat fb tu, baik dia sedekah Al-Fatihah ke ape kan.

3. biasanya laa, kalau aku melawat rumah orang meninggal ke ape, orang biasa ucap kat ahli keluarga ucapan takziah tu. xpernah plak orang duk mengadap jenazah pastu cakap, "takziah, harap bersabar atas dugaan Allah ni." atau sewaktu dengannya. tapi bila dah post kat wall arwah, macam kita ucap takziah plak kat arwah. kalau besday tu mungkin laa seronok orang nak balas ucap terima kasih. ni kes maut ni, mana laa seronok nak balas. balas pon mungkin tak.

4. mungkin dia post kat wall untuk keluarga terdekat arwah, tapi tak tahu pulak pentingnya post kat fb. macam satu dunia ni plak keluarga arwah. huk aloh.

tu cuma beberapa kes yang aku tak paham. sinopsis dia, perlu ke post takziah kat fb. tu je.

nota kaki: dia muda muda dah mengadap illahi. dosa pon tak banyak lagi, kita ni macam mana laa..  nampak macam menunjuk pon ade. xpa laa.. husnu dzon sudah. mih mih. 

Ahad, 9 Februari 2014

cerita terbaru~

assalamualaikum.. dah lama aku tak update blog aku ni,, ganjal (ganjil+janggal) rasanya menaip..  peduli plak aku.. duh! baru baru ni aku bergaduh dengan sorang mamat, aku tak rasa plak nak cincang dia,, kalau aku cincang dia, alamatnya mati laa dia.. aku bukan nya pembunuh bersiri, nak bunuh bunuh orang bagai.. cuma aku rasa nak sepak perut dia, sampai dia rasa senak perut 3 hari 3 malam muntah darah.. paling teruk aku kena pon kena panggil masuk bahagian disiplin.. =='

anyways, aku bukan nak cerita pasal mamat tu.. biarkan mamat tu, aku bukan nya family dia.. nak peduli peduli bagai.. lantak kau laa.. huk aloh..

aku update blog ni saje nak cerita.. walaupun tak membawa kesan positif terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara, namun, aku ingin menceritakan.. eh, blog aku.. ske ati aku laa nak tulis ape.. ulalalalala~~

baru baru ni, laptop aku dipinjam oleh seorang gadis.. biar la sape pon, yang pasti gadis.. then, katanya, lappy aku yang aku sayangi ni, dah masuk virus.. aku pon dah macam.. apa?!! drama je tu.. tak rasa pape pon sebab.. tah,, tak rasa pape..

then, gadis ni pergi baiki.. baiki laa, aku pon tak tahu baiki cmner, yang pasti, bukan dia yang baiki, tah sape sape je yang baiki.. abes diformatnya lappy aku ni.. segala tok nenek running man, muvi aku.. T_T

tapi, mujurlaa dia simpan dalam hard disk... hard disk pon x macam hard disk aku tengok.. dah macam kete mainan kene langgar ketapi.. ok, tipu.. duh!

then, aku dapat balik lappy aku, tinggal lagi 3 minggu nak final.. aku rasa baik tak yah bagi,, tak pa laa, senang aku nak buat esaimen nanti..

aku mengumpul semula muvi, yang pasti, aku cari muvi baru yang best, and running man..

ok, sekarang baru nak masuk cerita,, tadi tu intro je.. hee~~

aku ni, memang suka bagitahu kawan aku cerita terbaru.. bila kawan aku tanya," kau ade cerita ape?" aku ni dah macam.. "err.. banyak.. pergilah tengok.." ok, aku bukan kedekut xnak bagitahu.. aku menyampah nak sebut tajuk cerita..

bukan laa aku menyampah sangat, bukan macam jijik je nak sebut tajuknya.. aku just malas nak cakap panjang panjang.. nanti kalau masuk part yang aku sebut tajuk diorang tak pernah dengar, diorang pon dah macam,, "cerita ape tu?".. then, aku kena jadi tukang cerita..

siyes aku malas,, kalau nak tahu cerita, tengok laa sendiri.. aku malas nak spoil mood tengok muvi..

kadang kadang tengok muvi dengan kawan, mesti diorang terlebih eksited.. then, "eh, ape jadi lepas tu?", "dia dapat tak benda tu?".. and so on.. aku cuma mampu menjeling siap dengan laser infrared keluar ikut mata..

so, begitu laa kisahnya, aku malas nak cakap panjang panjang kalau bab sebut tajuk muvi.. kalau nak, tengok sendiri.. bukannya aku kedekut tak nak bagi tahu.. hah~

sekian..  kbai..