Ahad, 27 Januari 2013

I'm on duty Today... HooRay!!~~

assalamualaikum.. kerching $$.. hari ini 27/1/2013 bermula lah tugas tour guide aku untuk kali pertama.. wuhuu~~ seronok tak terhingga.. lebih seronok dari naik rollercoster.. :P bloob2..

kerja aku stat pukul 11.00 pagi kat masjid kristal.. tak lama lepas tuh, Datin Norhana pon sampai.. bwk baju sukarelawan pemandu pelancong masjid Terengganu.. comey siot.. ade lambang Jabatan Agama Islam Terengganu.. aku pon pakai dengan bangga~~

baju tu plak ada nama aku.. bertambah bangga aku.. bukan setakat baju je.. topi pon ade.

antara pelancong yang datang.. tp setakat ni mereka je pelancong asing yang datang masa aku bertugas..


mereka ni dari China.. yang pakai vest koko tu, sukarelawan pemandu pelancong.. mereka tu dah Islam dah masa melawat masjid Kristal.. sedikit sebanyak aku akui, lelaki tu agak hencem.. kui2..

uhum... kembali kepada tajuk.. 

selain jadi tour guide, kita juga ada kaunter semak bacaan Al-fatihah.. tapi, bukan aku yang handle bacaan Al-Fatihah ni.. dua orang kak kat belakang tu handle.. (yang pakai tudung putih, ngan tudung oren kat hujung sekali).

cerita nya bermula masa kak dua orang ni nak pergi makan.. dia suruh lah kitorang berlima jaga kaunter..aku pon berlari rebut ke kusi.. berjaya dapat kusi*

aku pon duduk lah, bahagia tengok orang lalu lalang.. ade label kat atas meja tu yang bertulis.. "jom semak bacaan Al-Fatihah. percuma".. tapi dia ade kat tepi.. orang tak nampak..

aku pon dengan tangan yang gatal, pergi letak label atas meja.. tempat sume orang boleh nampak..

ada sorang pakcik terbaca iklan murah aku.. maka terjadilah perbualan berikut..
pakcik: bleh semak Alfatihah ke kat sini?
aku: or.. bleh,, percuma je.. (alahai pakcik.. sy xkerja kt dalam bidang ni lah)
pakcik: oh.. pakcik nak cuba.. tapi nak mayang lu.. 
aku: oo.. bleh2.. pergi lah mayang lu..

pakcik pon blah.. aku dengan hati yang berdebar, menjeling kawan aku..

kawan aku: mung r ni, elok2 orang tak nampak mung gi letok label tu kat depan..
aku:  T_T (huk2.. tak pasal2 kene marah)

aku pon menanti pakcik tu dengan penuh kesabaran.. lepastu, datang seorang kak dari Sabah..

kak: ade ape kat sini?
kwn aku: ni nak semak bacaan Al-Fatihah.. 
aku: kak cuba r baca..
kak: nak cuba.. nak cuba..

kak tu pun baca Al-Fatihah.. bacaan Lancar, Sebutan kemas.. bagus lah.. kak tu nampak happy je dengan Bacaan dia.. dia pon blah..

lama lepas tu, pakcik tadi pon keluar nak baca..

aku: duduk lah pakcik..
pakcik: bleh baca ni? herm2 <--batuk2 dulu

pakcik tu pon stat bace.. bacaan berlagu lagi.. sebutan kemas.. bagus lah pakcik.. lepas aku komen2.. pakcik tu blah..

kwn aku: aku rasa pakcik tu ustaz la.. 
aku: no komen*

tak lama lepas tu ramai lah makcik2 berkerumun nak baca Al-Fatihah.. 

antara makcik yang mencuba bacaan Al-Fatihah

bagus lah.. bersemangat nak membetulkan bacaan.. kadang-kadang ade sesetengah manusia fikir,, elleh, fatihah je pon, aku dah hafal sejak kecik lagi..

benda ni nampak remeh je,, Al-Fatihah.. tapi kesan dia amat besar,,

contoh, Al-fatihah dalam solat.. ye akan bagi effect kat solat kita kalau salah baca.. kalau bacaan bukan kita tengok dari hukum tajwid je.. sebutan huruf pon kene perfect,,

bahasa Arab ni, kalau salah sebut maknanya lari.. 

contoh, orang melayu biasanya tertukar bunyi ain dengan alif.. 

عليم- mengetahui

kalau tertukar bunyi alif..

اليم- keras/dahsyat(biasanya merujuk kepada siksaan Allah)

kan beza maksudnya tu,,

so, aku harap korang tak pandang remeh soal ni.. setiap orang melakukan kesilapan, jangan malu nak betulkan kesilapan,, kalau malu koho melarat,, hehe..

sekian terima kasih..

Rabu, 23 Januari 2013

Trip to Dakwah bahagian 3

assalamualaikum.. hai,, hello,, konichiwa, ni hao ma.. sarang hae.. huh? sarang hae? alahai.. tersalah pulak derr.. tak perlah.. =.=''

hmm.. lambat pulak nak menulis entry pasal trip to Dakwah bahagian 3 ni.. aku malas sebenarnya nak taip.. tapi sekarang ni aku tengah bosan tahap gaban, so aku terpaksalah menaip.. nak tengok youtube internet slow macam saudara siput.. =.='' tertekan plek je hidup aku hari ni..

ok.. kite sambung balik cerita hari tu.. keesokan harinya kitaorang ada seminar... fasi tu cerita lah sedikit sebanak cara nak berdakwah kepada non-muslim..  kalu korang nak test pon bleh..

first sekali,, kalau ada orang yang tetiba berminat dengan Islam,, tapi diorang tak nak tukar agama.. belum dapat hidayah kot.. ceritakan dulu tentang akidah.. ceritakan tentang Allah, sifat-sifat Allah, nama-nama Allah.. yang penting korang cerita mengenai Akidah..

jangan sesekali menceritakan tentang Ibadah atau Fekah unless kalau diorang tanya.. Ia mungkin akan menakutkan non-muslim tu..

ye lah,, cuba korang bayangkan.. kite tak tahu pape tetiba je suh puasa, tak boleh makan dan minum selama sebulan.. kene bayar zakat la..

terangkan benda tu kemudian.. biar hati mereka tenang dan cinta mereka terhadap Allah itu kukuh.. mereka akan melakukan Ibadah dengan hati yang senang.. tak de rasa bimbang dalam hati ketika melakukan Ibadah..

haha.. tapi dalam kes aku, aku berdakwah di dalam masjid.. masjid ni menjadi tempat pelancongan untuk warga asing dan tempatan. basically, diorang datang nak tengok senibina masjid sahaja.. tak lebih pon dari tu.. tapi ade sesetengah nak tahu pasal Islam.. so inilah tugas aku untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang masjid itu.. di samping aku menceritakan tentang masjid, aku akan kaitkan dengan nabi-nabi terdahulu.. salasilah nabi Adam sehingga Nabi Muhammad SAW..

ade sesetengah pelancang agama Kristian so aku kena kaitkan dengan Nabi Isa atau dalam bible di kenali dengan nama Jesus..

mesti korang tertanya-tanya, boleh ke non-muslim masuk masjid.. jawapan nya, boleh.. sebab tak ada nas-nas yang sahih mengatakan non-muslim dilarang masuk masjid..

ada jugak satu kisah bahawa Nabi Muhammad SAW berdialog dengan non-muslim mengenai Islam dalam masjid.. ini membuktikan non-muslim dibenarkan masuk masjid..

sebagai pendakwah, aku kena bersedia dengan pelbagai soalan dari mereka, antaranya, kenapa wanita muslim memakai tudung..

jawapannya: bukan wanita muslim sahaja yang disyariatkan memakai tudung.. agama lain juga menyuruh wanita memakai tudung.. lihat gambar Mary dalam gereja. dia juga memakai tudung.. macam mana dengan agama Hindu? wanitanya juga menutup kepala semasa melakukan upacara keagamaan.. kesimpulannya, bukan Islam sahaja menyuruh wanita menutup aurat.. agama lain juga begitu.. namun begitu,, tujuan menutup aurat dalam Islam lebih syumul berbanding agama lain..

hehe.. itu sahaja lah setakat ini.. tunggu Trip to Dakwah bahagian 4..

sekian, Assalamualaikum
terima kasih kerana membaca

Sabtu, 5 Januari 2013

time to renovate

Assalamualaikum.. aku sekadar nak buat pengumuman dalam entri aku kali ini.. suka cita aku maklumkan bahawa aku akan buat sedikit renovate dalam blog aku.. seperti yang semua dah perasan, blog kurik itu kundi telah diubah menjadi e-Froggy Dot Com..

tidak mengapa kalau korang semua tak peduli.. aku cuma maklumkan.. nanti ada pulak yang tercari-cari blog kurik itu Kundi..

aku perasan kedaifan blog aku berbanding dengan blog orang lain.. aku dapat rasakan betapa naifnya blog aku.. jadi aku menyimpan cita-cita untuk renovate blog aku.. biar lawa gitu..

nanti korang boleh lah enjoy aku punye blog..

tidak semestinya bila aku cakap nak renovate, aku kena buat sorang-sorang. korang boleh bagi cadangan untuk memeriahkan lagi blog aku ni,..

sebarang cadangan boleh komen kat bawah,,

kalau ada lah...

mungkin korang boleh bagi cadangan mengenai background theme, colour, or whatever lah yang korang rasa nak bagi..

it's up to you... orang puteh kata..

so, sekian,, 
assalamualaikum. terima kasih kerana membaca