Rabu, 27 Mac 2013

Disebalik Cermin Pantulan Imej~

Assalamualaikum.. entri kali ini memaparkan sebuah lagi kisah seram.. memaparkan? lantak laa,, aku peduli apa.. asal korang paham sudah..

aku tak pasti sama ada korang merasa seram dengan kisah ini, tapi bagi aku, disebabkan kisah ini, aku takut nak keluar masuk bilik.. sebab apa? depan bilik aku terletaknya sebuah cermin yang besar.. so, aku takut terpandang imej pantulan aku.. lol..

sebenarnya cerita ni aku baru dengar semalam, masa reunion dengan kawan.. reunion la sangat.. =.='' 
tak laa,, sebenarnya ada taklimat hala tuju selepas SPM.. kot.. tu yang rajin sangat aku pergi sekolah semalam.. kalau tak, malas jugak..

lepas abis taklimat, kitorang bertiga, melepak kat sekolah sambil tengok movie.. citer seram kot.. sampai kawan aku sorang tu tutup mata, takut sangat la tu kot..

lepas tu, tak tahu macam mana boleh terkeluar cerita pasal cermin ni.. hilang konsentrasi aku nak tengok movie.. haha..

kisahnya macam ni.. ehem2.. <------- batuk2 dulu..

pernah tak korang masuk dalam rumah yang penuh dengan cermin..? apa yang korang rasa? seram kan? yang tak rasa seram tu buat-buat seram dah laa.. aku pon rasa seram jugak sebenarnya..

berdasarkan cerita seram yang aku suka tengok, kalau nak nampak bayang hantu je mesti dalam cermin.. so agak takut nak tengok cermin kalau sorang-sorang.. takut ternampak apa2.. haha..

pernah tak korang dengar orang tua dulu pesan, jangan menyikat rambut waktu malam di depan cermin? aku pernah dengar, mula-mula aku tak buat, tapi lama-lama aku jadi tak percaya benda macam tu.. bukan apa, mereka langsung tak memberi sebab larangan tu..  semalam baru aku tahu rahsia cermin..

rupanya, disebalik cermin tu terdapat cicak sesuatu yang aku tak pasti nak panggil apa.. menurut kawan aku yang menceritakan kisah ini, nama dan alamat dirahsiakan, benda yang aku tak pasti nak panggil apa tu 'berkenan' dengan perempuan yang selalu melihat wajahnya di cermin..

katanya lagi, kalau nak tahu bukti kita ada benda tu, bulat kan mata depan cermin, kita akan perasan yang imej itu akan bulat kan mata balik.. cuma cara dia bulatkan mata lebih menakotkan..

pastu, kalau korang senyum, senyuman imej yang terbentuk akan lebih menakutkan.. menakutkan laa,, takkan indah kot.. =.=''

lagi satu, kalau korang tengok kat mata, mata imej lebih tajam di hujung.. macam dalam anime tu.. mata tajam.. =.=''

kawan aku pernah menghadapi perkara ini, katanya..

''aku penoh sekali, ak senyum kat cermin.. pastu senyuman aku terlebih 1 saat..''

terlebih 1 saat? kelaass kau.. =.=''

katanya lagi, imej yang kita lihat itu adalah makhluk yang sering mengikuti kita.. huhu.. ada pengikut rupanya.. seram~~

anyways.. walau apapun, jangan takut dengan makhluk macam ni.. semua adalah ciptaan Allah.. lol.. ak sendiri pon takut, nak nasihat kat orang.. haha,, nasihat untuk diriku jua..

then, jangan tenung cermin lama-lama.. kang ada yang 'berkenan'..  haha.. T_T huu~~ sangat menakutkan..

sekian
terima kasih kerana membaca ^_^


7 ulasan:

  1. lol... mgutuk ak ker yg part2 tutup mata tuh ??? apakah ade cicak plak alahai... =,=''

    BalasPadam
  2. hom,, aku ngutuk ke mg laa.. mg sorg je yg ttp mata.. org len xttp mata..
    cicak kan suka duduk blakang cermin.. =.=''

    BalasPadam
  3. lol... jht mg.. =,='' yelaa..... ye ke.. blkg crmin ak xde cicak pon. ^__^

    BalasPadam
  4. xde cicak? hurm.. ye cri makan kot.. tu pasai r xde..

    BalasPadam
  5. lalala..sye tak tkot,,keh3*seram molek

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg seram pon cik sarah oii,, sy sampai takut keluar bilik.. ade cermin dpn bilik. T_T takot..

      Padam
    2. Saya nak kata tiap buat tkdela. Tpi adela malam saya buat .. Sikt rambut malam malam . sebb saya suka..

      Padam

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^