Khamis, 15 Ogos 2013

makcik karipap... mitos atau lagenda??

Assalamualaikum. Okeh2.. aku sangat rajin update entri aku.. mengapakah agaknya? Kita abaikan sebentar soalan aku sebab aku bukan nak buat pertandingan ke hape kan..

Ekceli, aku baru habis ujian pertengahan semester. Apa motif aku hebahkan exam aku? Ada laa motifnya aku nak bagi tahu. ada kaitan dengan tajuk entri aku.. ==''?

seperti biasa laa, student, esok nak peksa, malam ni baru study kan.. best student. stay up sampai lewat malam.. orang kata tak elok study sampai lewat malam, bla bla bla and so on.. kata orang lagi, orang laa, tak kan penyu pulak yang bercakap kan.. strategi masa periksa, study sampai pukul 11 je, then tido.. pukul 4 baru sambung balik.. kalau macam aku, dah tido, subuh esok pulak aku bangun, memang tak bangun laa aku konon nak study sebelum subuh..

so, aku terpaksa pakai strategi yang tak berapa nak mantap, kalau aku buat strategi perang, belum start dah kalah.. aku dan rumet aku stay up sampai tengah malam.. untuk mengelakkan mengantuk, aku minum kopi.. kopi.. kopi.. kopi.. *gema*

before aku sambung bedtime story aku ni, aku nak intro sket pasal makcik karipap ni.. siapakah makcik karipap ini?? bukan,, dia bukan balu yang terpaksa menjual karipap untuk menyara hidup bersama anaknya.. aku pon tak tahu siapa dia, misteri betul..

yang pasti dia ni popular jugak kalangan student kmpp ni.. boleh dianggap sama popular laa dengan kak ton yang jual produk kecantikan tu.. bila tanya siapa makcik karipap tu, tak de sape nak jawab soalan aku.. kejam tak mereka??

daripada versi yang biasa aku dengar, makcik ni suka menjual tengah tengah malam buta.. biasa dia akan ketuk tingkap budak yang study sorang sorang.. baik jugak makcik ni.. dia tahu orang lapar malam malam, study kan..

then, bila dah ketuk tingkap, makcik tu pon,


macam tu laa lebih kurang, sebab aku pon tak pernah jumpa..

disebabkan malam semalam aku merupakan best student sekejap, sekejap je pon jadi laa.. aku pon study dengan rumet aku sampai lewat malam.. then, bila dah pukul 1 pagi, rumet aku dah surrender, tak leh nak tahan dah katanya.. aku pon merelakan dia tido. ayat tak bleh blah..

aku pon terpaksa tidur, walau aku nak sambung lagi study, mata tak ngantuk,, nak paksa pon aku bleh jugak, sebab rumet aku sorang lagi dah bising suruh aku tido.. sekali aku bagi baru tahu..

then, aku tutup lampu, baring atas katil.. pusing kiri, pusing kanan, buat kuak lentang, tidur berirama.. walau apa cara aku buat, mata aku masih sesegar pudina.. tak boleh nak lelap pon..

faktor pertama, yess, kopi laa..

kedua, grukk grukk perut aku lapar.. padahal nasi 2 bungkus dah makan... masa tu aa aku terbayang makcik karipap tu,, aku tertanya tanya laa,, dia tak nak datang ke kat bilik aku?? ==??

so, aku ambik keputusan sambung study, semua rumet aku pon dan tido.. aku pon rembat lampu study rumet aku.. aku nak baca apa gelap gelap?? ambik la lampu..

study~~ study~~ sampai pukul berapa tah aku study,, sampai pukul 3 rasanya.. aku pon cuba nak tido,, sekali lagi aku buat kuak lentang atas katil, tak boleh tido..

pergh,, aku pon duduk atas katil, tengok sekeliling, dan aku nampak..

telifon aku.. dah nampak telefon, aku pon main game laa,, bosan doe, malam buta tak bleh tido.. insomnia ke hape aku ni..

pukul 4.55 baru aku tido.. tido sekejap pon jadi laa..

ekceli, aku ade niat tau, memang niat aku nak study sampai lewat malam, selain dari tu, aku pasang misi, konon nak jumpa dengan makcik karipap tu,, tapi, dia tak nak datang.. tak perla.. lagi tenang hidup aku..

aku bukan apa, sebab aku tanya, tak de orang nak jawab aku tanya, so, aku nak cari sendiri laa jawapan tu..


sekian...

Ahad, 11 Ogos 2013

paranormal itu menarik??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ni aku nak cakap pasal paranormal plak.. korang tahu apa tu paranormal?  Tak tahu Google sendiri.. aku tahu korang semua ada Internet connection kat rumah tu.. kalau xde masakan boleh baca entri aku. Korang jangan nak membongak kat sini..

Ok2. Cerita tentang paranormal. Aku suka sebenarnya dengan benda benda macam ni.. walaupun aku takut jugak sebenarnya. Ye laa.. sape sanggup hadap muka orang yang berkulat kulat, dah senget sebelah macam tu.. aku tak sanggup.. lebih lebih lagi kalau dia zoom betul betul kat muka aku..

Tapi sebenarnya,  aku teringin nak tengok benda tu.. bkn apa, aku nak jugak kepastian, betul ke macam tu muka hantu dalam filem arahan Ahmad Idham tu.. tah2 zizan razak pon menipu muka hantu macam tu.. pergh.

Mungkin ada orang cakap aku celupar.. what?? Tu apa yang aku rasa.. bukan apa yang kau rasa.. baling botol sos cili rumet aku baru kau tahu..aku xde sos cili.. rumet aku ada.. pinjam aa sekejap..nanti aku ganti..

Tu antara faktor aku suka tengok hutan gelap gulita malam malam buta kan?? Kot aku boleh nampak benda pelik pelik.

Btw, cakap pasal benda pelik.. pagi tadi, aku baru sampai kmpp... yeay!! Subuh2 aku sampai..

Aku sampai sah laa sunyi kan, aku rasa aku antara orang first sampai kmpp nih.. walaupun rumet aku sampai dulu.. tapi aku tak nak kalah.. aku sampai dulu.. :p

So, aku pon pergi laa bersiap, nak solat subuh.. aku kan suka merenung pokok pokok.. nak tengok benda pelik kan..


sedang aku merenung antara pokok pokpk kmpp ni.. ternampak pulak aku benda terbang.. pergh.. laju giler dia terbang.. aku tengok je.. ingatkan burung.. aku tengok je laa setengok tengok nya.

Aku tak sangka pulak si makhluk terbang tu mengubah haluan terbang ke arah aku.. aku agak terkesima dengan terbangan yang laju tu..

Dia terbang arah aku, shuu~ dia belok, bertenggek atas tembok depan aku..

Aku undur ke belakang sikit.. kang dia cakar aku ke hape, tak masuk paper the star student kmpp kena cakar dengan burung hantu?

Agak nya dia sedar aku duk ngendap belakang dia, dia pon pusing kepala dia, tengok aku laa.. comel laa kot aku ni, sampai burung hantu eksited tengok aku..

Dah dia tengok aku macam nak ikot aku sepanjang hidup, aku pon lari laa.. tapi tak la lari sampai sunway sana, lari beberapa tapak ke belakang..

Then aku berpaling,  tengok burung tu pon dah hilang.. misteri betol.. dah terbang laa kot.. nak pergi tido.. kan dah siang..

So, begitu laa kisah aku dengan paranormal. Tak dapat tengok hantu betul, burung hantu pon jadi laa..

Selasa, 14 Mei 2013

damn bored,, ==''

Assalamualaikum.. berbalik kepada tajuk.. kalau korang tengok mesti korang rasa aku xda life kan?? ehem.. memang aku xde life pon.. =='' sedih rasa..

sume kawan aku dah pergi sekolah.. amik tingkatan 6.. lol.. so, memang ak ni macam dah takde life je..

aku duk rumah bukan wat ape pon.. aku ade senarai tugasan seharian.. lol.

1. basuh pinggan
2.basuh baju.
3.kupas bawang.
4.kuar ikan/ayam/daging dalam peti ais..

tu je laa keje ak,, sumenye aku buat lepas asar.. lol.. bukan lama sangat sekejap je.. cuma no 4 tu aku buat pukul 12, or 1, or 2.. lol.. kadang-kadang aku lupe nak kluarkan.. keras~~

kalau ade kerja tambahan aku boleh aa kerja.. masalahnya bukan selalu ade kerja tambahan..

kerja tambahan aku cuma kemas dapo je.. bila mak aku kate kemas dapo, maknenye.. main airrr!!! weee~

mmg best pon kemas dapo,, amik air paip kat luar,, then, simbah kat dapo.. weee~~

dengan cara ni, aku dapat membasahkan kawasan dalam rumah aku tanpa kena marah.. >.<

oo yeah!! i like~~

kerja kedua aku suka jemur kain.. lol.. masa ni aa si abang nak manja2.. dia tahu tak aku sibuk? aku nak jemur kain.. dia plak nak gesel2 kat kaki aku.. sekali aku kurung dia bawah bakul.. baru reti senyap.. pandai pulak dia cari jalan nak keluar dari bakul tu..

tengah syok jemur kain, eh,, dah keluar dari bakul tu.. amboi,, pandainya,, meh kakak nak upah smart heart sepinggan.. lepas jemur kain la ye.. :3

kalau aku beruntung,, datang adik2 yang kecik.. ikot abang dia main.. dengan adik2 dia aku kurung bawah bakul.. tapi adik dia tak pandai nak keluar.. sian plak ak tengok..

disebabkan meraka sangat comey.. aku pon ikut terpengaruh.. aku pon main2 la ngan diorg.. kain xsiap jemur lg.. matahari pon macam dah merajuk ngan aku.. oloh2.. jgn merajuk matahari.. :3

ni adik.. :3 harap dah besar tak nakal macam abang dia..

hahaha.. ade lg seko adik.. tp gmbarnya xcantik.. nnt laa aku amik gmbo cantik sket aku upload.. :3

mata abang tu pelik sket.. sbb flash.. ==''

lol.. abang dalam cubaan mencuri makanan.. ==' abang semakin nakal.. cubit baru tahu.. 
pandai pulak abang posing.. comey.. :3

jantan alpha.. ==''

ok.. aku dah lari tajuk,, xkisah laa.. sebab aku pon xde tajuk sangat.. abang pon aku tengok semakin hari semakin comey.. lol.. :3

okay,, itulah dia kehidupan tanpa life.. aku cuma buat kerja yg tersenarai je.. yang lain, makan, tido dan on9.. solat tu trmasuk ye.. 5 waktu sehari semalam.. 

sekian.. wee~~

Khamis, 2 Mei 2013

klu nak survive kt dunia ni.. kene jadi jahat..

Assalamualaikum..hello.. tgk tajuk macam aku ni dah gila je kan? bhahahha.. rilek dulu.. dengar aku nak explain.. ok2..

gnim.. dulu~~ flash back*

ade ustaz ak cerita, pasal dunia sekarang.. tak payah tanya la sapa.. dia cuma cerita.. keadaan dunia.. macam-macam penipuan.. banyak helah manusia.. so, kita jangan cepat percaya helah manusia ea..

so, aku di sini minta, jangan terlalu menjadi baik ye.. kena ade sikit sifat jahat dalam diri.. bhahaha.. permintaan macam nak mintak penampo je.. xpela..

ok, jahat dalam konteks aku bukan suruh pergi rompak bank.. bunuh orang.. tu bukan jahat.. tu jahil namanya.. ==''

jahat kat sini ialah jangan percaya orang sekeliling.. memang orang kate husnu dzon.. sangka baik and so on.. tapi bagi aku,, sangka buruk cara aku bersedia atas segala kemungkinan.. jangan over sangat sangka buruk tu.. sikit2 dah laa.. buat sangka buruk yang akan mengancam keselamatan diri.. then, korang fikir la segala jurus ninja yang korang blaja.. at least korang dah bersedia..

second... jahat kat sini, jangan mudah simpati kat orang.. ok2.. contoh.. korang drive malam2 buta.. sian malam.. dah la gelap, buta plak tu.. =='' ak dah lari tajuk.. sambung tadi.. driving~~ then, nampak orang terbaring tepi jalan.. kalau la korang seorang manusia yang simpati meninggi.. memang sure korang akan berhenti.. bagus dah simpati, tapi, tengok sudut negetifnye, apa akan jadi sekiranya orang yang terbaring tu berniat nak merompak? kalu perempuan, mungkin akan rogol? so, lebih baik senyap je, and teruskan perjalanan.. memang nampak kejam, tapi mcm tu laa nak survive kt dunia ni..

thirdly.. jangan peduli perasaan orang yang tak pernah peduli perasaan korang.. ni nampak lembut sikit.. kalau bagi aku, ade orang sakitkan ati aku lebih dari tiga kali, memang kena aa.. jangan ditanya mengapa percakapan aku lebih pedas bila bercakap.. jangan ditanya kenapa aku selalu sindir.. sebab aku tak suka.. bhahhaha.. kejam kan..

forthly.. jangan berdiam diri kalau ade orang perlekehkan korang.. bhahahhaa.. memang aku tak suka.. =='' kalau sapa2 citer kat aku, ade orang perlekehkan kawan aku, or, sapa2 yang aku kenal.. memang kena aa dengan aku.. tu semua bahan aku nak ejek orang.. jahat kan aku.. ==''

so, tu cara aku survive kat dunia yang penuh kejahatan ni.. sama ada tersembunyi, mahupon terang terangan.. ok, sampai sini je laa.. aku rasa banyak lagi benda jahat.. tapi lupa.. =='' bia laa..

ak nak undur diri.. sekian..

Jumaat, 26 April 2013

public phone~ ngee~~

Assalamualaikum.. ngee~ plek bebeno tajuk entri ni.. public phone.. tak de laa.. aku tengah bosan tahap gaban ni.. setelah ditinggalkan kawan aku.. maka aku menggagahkan diri aku meng'update' entri yang tak berapa menarik ni..

ok, tak payah sadis sangat ayat.. kawan tu pergi sekejap je pon.. nanti dia on balik..

anyways, aku nak cerita pasal publik fon ni.. banyak kenangan aku dengan telefon awam ni.. bhahhaha.. okay, aku tipu.. e-froggy ni suka menipu.. tak baik.. dosa..

kenangan aku dengan publik fon setakat orang awam dengan telefon je.. xlebih dari itu..

zaman aku sekolah dulu mana boleh bawak fon pergi sekolah.. tambahan plak aku ni pengawas sekolah.. skema nak mampos laa aku ni.. harap ramai peminat je.. kalau tak haru jugak kene boo dengan rakan sekolah.. bhaha.. ak tipu lagi.. =.=''

ok2.. sambung.. zaman aku dulu.. aku ni jenis malas nak kumpul duit syiling.. kalau dapat duit syiling dari makcik kantin ke.. aku simpan dalam beg sekolah.. eh, aku simpan.. duit tu.. lepas simpan dalam beg sekolah... hilang laa duit tu.. beg aku makan.. klu tengok dalam beg sekolah aku tu, dah xde rupe beg sekolah dah.. banyak sangat barang nye,, dengan buku teks, kertas2, bla3.. and so on..

so, bila stat kecemasan nak kol emak.. mula laa gelabah tak de duit.. bhahaha.. tapi aku always ade jalan.. bijak3.. klu takde duit kena bijak beb.. baru boleh idup..

so, setiap kali aku nak kol ketika poket kering.. kering sebab tak de duit, bukan kerana dah jemur tengah panas poket jadi kering.. ok? sambung balik.. kat mana tadi..? oh2, kat poket kering...

mula2, aku tengok dulu mangsa aku.. berapa banyak duit syiling dia nak guna.. kalau setakat seposen dua posen tu,, tak payah laa.. membazir korang usha dia..

korang cari yang pakai duit 50 sen sekeping.. then, dengan penuh keyakinan, konon banyak duit syiling, pergi beratur belakang dia..

lumrah laa,, budak sekolah cakap ngan parent, xde la sampai habes 50 sen kan? cakap ngan bf/gf bertambah-tambah plak 6 keping 50 sen...

ok2, sambung.. aku biasanya bajet sorang budak akan abeskan 20 sen bila kol parents.. so tnggu je laa diorg puas.. lepas siap cakap tu,, memang diorang akan bagi aku laa baki duit tu.. untung aku 30 sen..

aku ni, takkan nak jadi kacang lupekan kulit kan? aku pon buat2 la tanya ''nak bayar balik ke 30 sen ni?''

kekonon kita xperlu kan duit dia tu, konon banyak duit.. sambil dalam hati doa,, mintak2 la xyah bayar.. tapi, memang biasanya budak sekolah aku tak hadap duit syiling aku.. kalau aku bagi 50 hengget diorang hadap laa..

bhahahaha, akhirnya aku diselamatkan oleh 30 sen orang len.. terima kasih banyak yep... banyak kali dah aku buat camni, and hasilnya always berjaya.. kadang2 ade jugak tak jadi, sebab diorang cakap lama sangat., abes 50 sen diorang.. biasanya kalau xjadi, aku blah bodo gtu je.. bhahahah

so, sape nak test teori aku dipersilakan.. kalau tembelang pecah jangan sebut nama aku.. anggap korang tak pernah kenal aku.. ok?

sekian

Khamis, 25 April 2013

detik memalukan~

Assalamualaikum.. tajuk hari ni debates.. tapi aku bukannye nak berdebat ngan korang.. malas aku nak debat2 ni.. aii.. ==''

sebenarnya aku buat entri ni sebab ade kawan tanya, ape pengalaman memalukan aku sepanjang aku hidup kat dunia ni.. aku pon macam manusia len gop.. ade sifat malu.. aku banyak pengalaman memalukan.. tapi. dalam banyak2 pengalaman, pengalaman ni yang paling memalukan... aku dah lupekan pon kisah tu.. tp, bila aku teringat balik,, aku rasa nak hempok kepala aku kat dinding.. menggambarkan betapa malunya aku masa tuh..

kisahnya macam ni:

aku ni wakil sekolah aku.. bertanding debates.. aku ngan kawan aku 4 orang..sume nak masuk.. poyo je aku,.. debate omputih ko.. bkn melayu ni... skill aku di tolak nak masuk bahas.. aku pon membawa hati yang lara pergi audition kat debates lop..

ok,, aku tipu.. aku tak audition pon.. aku bagi nama terus boleh masuk.. sebab tak de orang nak masuk ekpon.. tak mendapat sambutan.. masa kawan aku buat announcement.. sape nak masuk.. bla3.. xde orang pedulikan dia.. sian pulak kat dia..

so, aku nak tunjuk keperihatinan aku kat dia.. aku pon cakap laa.. debate ape? bila..? tajuk ape? audition bila? bla3...

sekali lagi aku tipu.. aku memang nak masuk pon.. sje konon2 buat2 prihatin kat kawan.. kawan tu baca mampos aku.. =.=''

so, bermula la kisah aku sebagai menteri kedua.. or, second minister.. yang 2 orang lagi tu. wat nyibuk je.. asal ade muka diorang kat pertandingan tu,, kira okey laa..

okay... kejadian memalukan tu berlaku masa hari pertandingan... pertandingan ni berlangsung selama 2 hari.. so, disebabkan opponent ak tarik diri.. secara xlangsung aku dapat masuk semi final... cewah.. dengar semi final tu macam hebat je.. padahal menang tanpa bertanding..

so, aku dengan penuh bangga, pulang ke sekolah kerana dapat masuk semi final.. ok, sekali lagi.. itu disebabkn lawan aku tarik diri.. cess, kalau diorang tak tarik diri.. dah menang dah tu.. terima kasih kepada lawan ku.. ngee~~

ok2.. sambung kisah memalukan aku..

akhirnya, sampai la hari pertandingan.. aku lawan sekolah mana tah.. dah lupa.. bhahaha.. kejam x kejam aku.. lawan sendiri boleh lupa..

tajuk ape tah masa tu.. tajuk pon boleh lupa.. =.=''

awal pagi tu, aku kena kumpul dulu ngan sekalian lawan2.. then baru tentukan.. sape pencadang sape pembangkang.. lepas undi2.. grup aku dapat pembangkang.. what the heck? ok.. ak terima cabarannya..

mula2, grup aku kena kurung dalam bilik gelap.. ok ak tipu lagi.. bilik biasa je.. diorang bagi masa nak buat hujah.. tp, bagi grup aku, kitorang dah siap hujah tu, sekali ngan pencadang kitorang dah buat.. tapi nasib dapat pembangkang.. ikut je laa..

then, dh siap setengah jam, diorang hambat aku keluar,, suh g debate.. aku pon duduk la kat tempat aku sebagai menteri kedua... ok2.. sape nak g tandas tu bleh pergi dulu.. nak sampai dah detik memalukan ni.. cepat2.. aku bagi masa..

ok,, saatnya bermula.. meja sekolah diorang tu ringan tau... sebab meja plastik.. dh la rendah.. sabo je laa.. atas meja tu, ade label.. pembangkang.. bangga siot.. =.='' masa speaker dewan nak perkenalkan ahli pencadang and pembangkang, kene berdiri sebagai tanda apa tah.. aku pon tak tahu.. bangun je laa, tgk orang len bangun..

sampai dia sebut nama aku.. aku nak bangun.. entah cam mana.. betis aku boleh langgar meja tu.. nak terbalik meja tu dibuat aku... abes jatuh label atas meja aku.. mujur aku sempat pegang meja tu.. kalau tak,, bergolek-golek meja tu..

bilik debat agak kecoh sket laa dengan perilaku spontan aku tu.. then, aku buat selamber je laa.. takkan nak lari keluar bilik debat kot.. xnak laa spoil mood aku nak debat ni.. so, aku lupakan dulu.. balik nanti baru aku meraung..

aku tengok judges,, semua ketawa kat aku.. ketawa laa.. kena bala baru tahu.. =.='' mujur judges yang tengah tu hensem.. bhahhaha.. xde kaitan pon.. =.=''

then, kitorang pon debat laa.. debat pnye debat2... sampai giliran aku.. aku pon keluarkan hujah aku.. panjang jugak.. bukan susah sangat pon nak buat hujah panjang2.. copy paste je dari google..  kan senang.. ngee~~

time aku debat tu laa mamat ni nak nyibuk.. aku teringat pesan cg aku.. ''kalau orang tu nak masuk line, bg je.. klu xbagi nanti judge potong markah..'' aku pon bagi je laa..

masa tu, aku tak sedar pon masa aku tnggal 2 minit je nak cakap pon.. mnyesal plak aku bagi.. dah la dia cakap sepatah haram aku tak paham.. last2 ak pedap.. aku pon cakap..

''your question will be answered by third minister,, my time is walking. please sit down..''

are u sure? my time is walking? owowow.. tu betul2 direct translation from malay.. ''masa saya sedang berjalan..'' masa aku cakap tu aku tak sedo aku buat silap.. aku hentam je ape dalam kepala aku... lepas siap cakap tu, aku pon duduk kat tempat asal aku dengan muka selamber..

bhahahaha,, anyways.. kadang-kadang.. aku ni memang muka tak malu.. aku buat je ape aku rasa betol.. aku bia je ape jadi kat aku,,. asal aku bahagia sudah.. aku peduli ape orang lain nak ketawakan aku ke..

tapi, seperti aku cakap tadi.. bila aku teringat pasal kes ni.. aku rasa nak hempok kepala aku kat dinding.. sampai aku lupe kejadian tu...

oh, btw.. keputusan debate aku.. kemenangan berpihak kepada pencadang.. teori Bill Gates langsung diorang tak pakai.. huh.. sabo je laa.. judges bagi alasan kononnye tajuk tu berpihak kepada pencadang.. eh2,, xdengar ke aku bidas hujah camner? ke tak paham? aku rasa aku cakap kuat dah.. xdengar xtahu laa.. =.=''

sekian., teima kasih kerana membaca ^_^


Ahad, 21 April 2013

first time at the hospital.. ngee~~


Assalamualaikum.. ngee again.. lol.. okay,, tajuk kt atas dalam versi english.. tp, entri aku ni bahasa Melayu okay.. aku ni bukan apa.. aku malas nak check grammar tunggang langgang sekali.. kalau aku tulis bahasa Inggeris, aku takut, ak paham, korang yang tak paham.. sebab ape? ak tulis tunggang langgang..

ok.. berbalik kepada tajuk.. kalau korang tengok aku punye tajuk,, mesti korang fikir.. ''eii, sian budak ni tak penah g hospital.. eyy...'' so, untuk mengelakkan korang fikir camtu, ak nak bagi tahu sket..

AKU NI BUKAN XPENAH G OSPITAL.. NI FES TIME AK MASUK OSPITAL AS PESAKIT!!!

okay.. terjawab sudah persoalan korang.. aku ni, nak ikutkan, banyak kali jugak laa pergi hospital.. ada la kes-kes tertentu, sebab aku g hospital.. tp, seperti ape yang aku bagi tahu, yang tulisan huruf besar tu,, aku pergi hospital as pesakit.. ngee~

sebenarnya, aku ni bukan sakit kronik sangat.. tak de la sakit sangat sampai nazak atas katil tu.. kalau aku nazak gtu, xde la aku g update entri untuk korang hadap ni..

ayah aku saje nak cek idung aku.. kerap sangat berdarah,, aku pon pelik jugak.. apesal darah kerap sangat.. padahal hari tak la panas sangat.. nak kate panas,, ak duk dalam rumah.. kalau aku kerja kebun ke, buruh kasar ke,, saboh jugak la hidung berdarah..

tadi aku g jumpa doktor pakar hidung tekak dan tonsil? ke ape? ak pon xingat.. ayayaya.. yang pasti, hidung tu betul dah...

ayah aku kenal ngan doktor tu, tu yang mudah je urusan aku ni.. ngee~ sekejap je.. doktor tu buat prosedur dia, dah siap balik.. ngeh2,, klu nk amik nombor, haram.. bertahun laa aku tnggu kat hospital tu.. ramai gler orang.. =.='' sabo jelaa..

sambung cter aku yang tergendala, disebabkan banyak iklan.. aku pon pergi la jumpa doktor.. doktor tu suh aku duk atas kusi dia.. cewah.. hebat kusi dia.. xmacam kerusi kat kedai mamak tu.. hebat lagi kerusi doktor tu.. sambil doktor tu sembang-sembang ngan ayah aku, ade nurse ni dia bukak monitor.. waa.. tgk tv...

pastu, tgan dia ade alat.. macam besi gtu.. aku pon tak tahu nama.. aku boleh describe kan.. bayang sendiri la ye.. alat tu ialah sebuah batang yang panjang.. halus je batang tu.. kat hujung batang besi tu ade kamera.. ye.. tujuannye untuk di jolok ke dalam hidung.. lepastu, imej akan terhasil kat manitor..

aku dalam hati ni,. dah fikir dah... ah sudah,, dia nak jolok natang tu dalam lobang idong aku ke? berat.. mesti nampak segala bulu2 idong aku.. aaa~

then,, as i thought,, mmg natang tu untuk disumbat dalam hidung.. entah berapa ramai orang dah guna alat tu.. mula dia start masuk... nampak la segala anak beranak bulu idung aku, entah berapa generasi dah yang idup dalam idung aku ni..bak kate kakak aku.. dah macam lalang.. =.='' aku mane ade masa nak tebas lalang dalam idung aku ni.. kalau aku tebas,, sape nak filter kan habuk sebelum masuk idung ak ni..

after that (td ak dah gne then,, skrg ak gne after that lop), mula-mula dia jolok sampai kat depan sket.. kat mana tu? alaa.. cuba korek idung jap.. kan kat hujung hidung tu macam ada bende keras sket tu.. aa.. sampai situ la doktor stop.. lepas tu, doktor cakap.. ''okay, kita pergi dalam lagi'' ah sudah.. aku ni bab korek idung, sampai depan tu je.. mana pernah aku korek sampai dalam.. berat ni..

bila doktor dah jolok sampai dalam.. aku dah tak boleh nak tahan ketawa,, geli doe.. dia tolak masuk,, lepas tu, tarik sket.. sabo je laa.. geli aa idung aku,.. besi tu bergeser dengan dinding hidung aku.. dalam geli-geli tu, sebenarnya sakit jugak.. aku kalau boleh nak tepis je tangan doktor tu, suh cabut besi tu.. sakit kot.. bayang laa.. cuba masa amik wudhuk tu,, korang sedut air kuat2 sampai masuk dalam idung.. macam tu laa lebih kurang perit nye idung aku.. cuma bezanya, idung aku kena jolok dengan besi..

disebabkan aku rasa sakit, and pada masa yang sama aku rasa geli.. so, aku pilih untuk tumpukan kepada geli.. aku tak nak layan sangat sakit tu,, kalau layan semakin menjadi.. so, aku ketawa sepanjang doktor tu sumbat benda alah tu dalam idung aku.. abes gegar2 kamera kat monitor.. nurse kat tepi aku siap cakap lagi,, jangan gerak,, nanti doktor salah cocok kang.. aku pon,, tahan je laa ketawa aku.. dalam tahan pon,, gegaran dalam idung tu berlaku jugak.. tp xla teruk sangat macam gempa bumi..

keputusan...

setelah puas doktor jolok2 idung aku... doktor dapati,, kat dalam idung aku ni, (yang kalau kita korek ada bende yang keras2 tu) dah bengkak.. pasal ape tah.. yang pasti resdung.. aku tak tahu ape kene mngena benda tu bengkak dengan resdung.. ngee~ biar la. yang penting bukan kronik pom..

kat rumah..

baru stat aku rasa sakit idung aku akibat dijolok sampai ke dalam.. harap xnampak otak aku je masa scan idung ak tadi.. kalu nampak bagus juga,, ini membuktikan, aku ada otak.. peace yo..

syes sakit,, aku rasa idung aku ni macam dah terkoyak kat dalam nye.. T_T.. masa aku nak hidu something.. hidu, mesti maksudnya sedut kuat2 kan? ya Allah, sakit nye,, xreti aku nak gambarkan.. rse macam ada bende dah tembus masuk idung aku tanpa ditapis bulu idung..  tapi, kalau koyak tak pe.. sel aku akan baiki sendiri,, insya Allah, dalam beberapa hari lagi okay laa..

so, aku tido sekejap lepas zohor tadi.. and bila aku dah sedar diri balik, aku dah rasa okay dah.. sakit memang ada.. tapi tak la sakit macam tadi.. ngee~

so, sekian terima kasih..

Isnin, 15 April 2013

Ahmad Albab

Assalamualaikum... wee~~ tetibe dpt idea nk tulis blog.. korang nak tahu aku dapt idea dari mana? meh aku nak cerita..

tadi aku chat dengan sorang kawan aku.. bukan wechat ea.. chat kat fb.. bhahaha.. lepas tu aku cerita laa pasal sorg budak, dia update status..


Dear My Future Husband . Saya tak mintak banyak pun , tak mintak harta awak pun . Satu je saya mintak dari awak , TOLONG BIMBING SAYA KE SYURGA :')
lol... aku suka sangat sibuk hal org.. ayaya..=.=''

so aku ckp laa kat kawan aku ni.. dalam fb mmg biasa org cakap macam ni.. kat dunia sebenar macam mana laa..

lepas tu, kawan aku pon balas.. lawak sket chat dia.. hihihih..

''kalau aku rela pilih harta.. rupa tak penting.. yang penting harta..''

haha.. kalau korang baca yang kat atas ni mesti korang ingat dia materialistik kan? xla.. dia maksudkan lelaki tu dah ade kerja tetap.. boleh sara hidup diorang sekeluarga...

kata-kata dia ni membuat aku teringat cerita Ahmad Albab, lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. kisahnya bahawa, ada seorang orang kaya.. dia mempunyai 3 orang anak perempuan.. dia bercadang untuk menjodohkan anaknya dengan orang kaya,, tapi, anaknya yang bongsu,bernama Mastura tak nak dikahwinkan dengan anak orang kaya..  so, bapak nya cabar dia supaya berkahwin dengan seorang lelaki miskin.. pengembala kambing,, miskin la tu..

kenapa Mastura tak nak kawen dengan orang kaya?? sebab dia berpegang kepada prinsip dia, bahawa ''kekayaan tidak memberi kebahagian..'' so, bapak dia nak tengok laa, konon anak dia bahagia kawen ngan orang miskin..

nak dijadikan cerita, si Syawal tu, nama laki Mastura, masuk dalam gua, berjumpa harta.. bertimbun-timbun banyaknya.. masalahnya, harta tu dijaga oleh jin.. kenapa nama dia jin.. aku pon tak tahu.. masa si Syawal ni nak ambik je harta tu.. tetiba..

''heeeyyyy manusia,, jangan kau sentuh harta itu.. itu harta Ahmad Albab yang punya.. hahahaha''

memang spooky la cara si jin tu ketawa, sampai si Syawal tu kecut perut.. laju si Syawal ni lari balik rumah.. terkejut semua isi rumah dia, Syawal  balik dalam keadaan mcm kena kejar hantu,, ayaya..

selepas beberapa tahun.. 

Mastura, bini Syawal, selamat melahirkan seorang anak lelaki.. tapi masalahnya, budak tu tak reti diam, menangis je 48 jam.. sampai tak larat Syawal dengan bininya melayan.. 

akhirnya, mereka memutuskan supaya anaknya dibawa jumpa datuk nya.. datuk dia siap sindir lagi ke Syawal, tak pandai jaga anak laa.. tak cukup makan laa.. ayaya,, datuk, datuk.. 

habis benda dalam rumah datuk dia mainkan.. sampai satu saat datuk dia ketuk pintu,.. then, budak tu berenti nanges.. terkejut kot.. tetiba ade bunyi sebalik pintu,, then, datuk dia isytiharkan..

''disebabkan dia berenti nanges bila aku ketuk pintu, aku nama kan dia Ahmad pintu..''

terkejut bapak dia.. haa.. bg nama anak pintu,, macam tak de nama len je.. then sekali lagi datuk budak tu isytihar..

''tak sedap plak nama Ahmad pintu.. pintu dalam bahasa Arab albab.. aku namakan dia.. Ahmad Albab''

teringat la si Syawal ni pasal jin kat gua.. dirampasnya Ahmad Albab dari dukungan datuknya, terus dibawa ke gua.. tak de dakwa dakwi lagi dah.. terus pergi jumpa jin.. meraung raung datuk Ahmad, cucu dia dibawa lari.. bhahaha..

kat gua, jin tu terbahak-bahak ketawa, ape yang kelakar aku pon tak tahu.. suka ati dia laa nak ketawa, aku tak peduli.. 

si jin ni bagi Syawal harta tu, dengan syarat, setiap satu purnama, Ahmad Albab kena datang main dengan anak jin dari kecik sampai besar.. jangan tanya aku berapa lama satu purnama, tanya orang yang lebih tua,, sebab aku tak tahu.. 

maka hidup la Syawal dengan isteri dan anak sebagai orang yang paling kaya.. Mastura bukan sahaja bahagia, malah menjadi isteri kepada orang kaya.. so, benarlah prinsip perempuan itu.. ^_^

ape jadi dekat kakak-kakak dia? suaminya pokai, bankrap, semua sebab dia kena bayar denda mencuri kat kedai emas.. hihu..

''kebahagiaan bukanlah datang dari kekayaan.. semua itu rezeki dari Allah''- Syawal si pengembala kambing

lebih kurang la ayat dia.. bhahah..

sekian.. 

Sabtu, 13 April 2013

papa, mama and the family..

Assalamulaikum.. wee...  ok2... papa and mama itu bukan seorang manusia.. ak ulang bukan manusia,, kalau korang bayang manusia, sila buang jauh2 bayangan itu.. papa mama is a cat.. miyom3.. :3

ok.. ekceli, ak xde idea nk bg nama apa.. so, aku panggil papa, mama..

mengimbau kenangan lama... wooooo~~

beberapa tahun yang lalu, ekceli aku tak ingat tahun bila.. damn, ade sekor kucing, warna oren, datang rumah aku.. mak aku pon memang jenis suka kucing.. so, sedang-sedang dia tengah siang ikan tu, organ dalaman ikan tu, bagi la kat kucing oren.. huhuh,,, dulu, aku panggil meow je,, sebab sekor je, xde la meow tu keliru sangat aku panggil sape.. =.=''

then, tak lama lepas tu, tetibe plak si meow ni bawak betina balik rumah.. ayaya.. bertambah pulak kucing aku.. warna hitam.. kaki dia warna putih.. mase tu la aku stat panggil papa mama.. at least dia tahu beza aku panggil sape.. kan?

ok, ak nak cerita sikit pasal papa ni.. papa ni, kalau aku tengok,dia ni memang gengster kat kawasan rumah aku.. pernah sekali ade kucing jantan mari rumah aku.. papa punye mengamok, dia pergi halau nye kucing jantan tu.. ayaya.. aku ni tuan rumah, tak kisah pon kalau ade kucing nak tumpang makan, si papa ni pulak lebih2.. =.=''

bila dah namanya gengster., mesti banyak betina punya.. ayaya.. hari tu, papa teman aku buang sampah.. then kat tempat pembuangan sampah tu, ade 2 ekor kucing.. tak sempat plak aku nak cek jantina diorang.. ek elleh,. boleh plak sekor kucing tu datang manja2 ngan papa.. papa plak biar je dia manja2.. ayaya.. kaki betina sungguh papa ni.. sian mama duk kat rumah..

mama ni plak.. aku tak tahu sejarah silam dia.. kot dia pernah kena abuse dengan manusia kot.. tu yang trauma sampai hari ni.. dia memang stail takot ngan aku, padahal aku mana pernah abuse dia.. aku nak usap2 pon dia tak nak,.. kalau aku bagi makan.. dia rela tunggu aku masuk rumah.. tutup pintu,, kunci. baru dia pergi makan.. kalau tak, dia tak nak makan..

walau apepon. aku dapat rasakan cinta papa n mama bila diorang berjumpa.. pernah sekali aku nampak mama pujuk papa.. huhu.. jangan salah paham.. papa bukan merajuk.. tp, mama suh papa pujuk mak aku supaya bagi diorang makan haha.. cute betol.. papa tengah duduk.. then mama datang, mama gesel2 kat badan papa, siap tertolak badan papa.. tapi,, papa tak marah, coz papa sayang mama.. walaupon kaki betina.. =.=''

setelah beberapa lama diorg tinggal ngan aku.. lahirlah 3 ekor anak kucing.. wee~~

dan anak kucing tu. sekali lagi, aku tak bagi nama.. aku panggil baby.. damn.. mesti anak kucing tu malu kalau tahu maksudnya.. wahaha.. biar laa..
lol.. yang oren tu papa.. yang hitam tu mama.. yang kecik tu baby.. lol.. dah arwah dah.. T_T


tapi hayat diorg tak lama.. 2 ekor mati. tinggal sekor je.. yg sekor ni la kekal aku panggil baby.. huhu..

then. sampai masa, mama mengandung.. dah mengandung, maknanya nak dapat anak la kan? so, takkan la anak mama tu nak panggil baby kan? malu la kat adek2 dia.. so, aku panggil dia Abang.. huhu.. abang..

ni abang.. sama macam mama dia.. gmbar ni masa dia kecik-kecik.. sekarang dah besar..

dulu, abang ni pon mcm mama dia.. takut dengan aku.. padahal aku ni bukan makan kucing.. =.='' agaknya sebab mama ajar.. ''jangan dekat dengan manusia, nanti dia makan ko''. ayaya.. mama.. 

abang sekarang ni dah lain.. dah matang.. dah tak manja ngan papa dia.. dulu manja jugak ngan papa dia.. sekarang aku tak tahu kenapa.. asal jumpa papa je mesti nak mengamok.. macam musuh je.. padahal bapak sendiri tu.. tak tahu ape konflik dia.. ketara sangat sifat dia masa dengan aku dn dengan papa..

meh aku nak cerita sikit.. biasa dia datang dekat aku kalau aku tengah sidai kain.. dia pon datang.. konon nak manja-manja.. dia buat suara manja dia.. then, datang la si papa... maka dengan serta merta suara dia berubah.. ''grrr''.. bunyinya.. kalau korang tak boleh bayang.. pergi search kat utube, camne bunyi kucing menderam.. 

then. aku pon usap kepala dia, konon nak biar dia rilek r,, jangan gaduh.. bapak sendiri kot? dengan tidak semena sekali lagi, suara dia jadi manja balik.. bila aku stop usap dia.. kembali kasar suara.. wow.. sungguh mnakotkan.. memang dah anti kot dengan papa..

abang seekor kucing yg bijak.. pernah sekali,. mama letak anak dia yang baru beberapa hari lahir bawah katil aku.. then, aku pon bimbang laa.. semalaman anak kucing bawah katil aku.. entah2 kebulur.. mata pon belom bukak lagi.. anak kucing tu menangis, waa3.. nangis bawah katil aku..

keesokkan harinya, ak letak kat luar.. mama entah hilang ke mana.. ade la tu dia pergi rumah jiran lain.. dasar kucing.. tak cukup ke aku bg makan.. =.=''

so, aku cakap kat abang ''abang, cuba cari mama.. adek nangis ni.. semalaman bawah katil.. lapar kot..''

abang skill buat pekak dia, just jilat2 badan dia, buat tak tahu.. then, aku pon.. ''Abang!!!''

so, ak dah pedap cakap ngan abang.. aku pon biar je adik nanges.. uh~ adek tu kucing ak.. adek abang.. baru usia 2 bulan sekarang ni..

aku pon sambong kerja aku.. aku ngintai Abang, tengok abang dah blah pergi kat rumah sebelah.. dia meredah semaksamun.. aku ingat dia buat ape.. lepas tu dia lesap macam tu je.. ayaya,, abang.. 

tak lama lepas tu, abang datang dengan mama.. oo.. baru aku tahu, abang pergi cari mama.. pandai betol abang,, aum.. ni yang sayang abang ni,, 

bila mama dah datang tu, ak pon tunjuk la adik yang tengah menangis tuh.. bukan main terkejut mama tengok rahsia dia bocor, ak dapat kesan riak muka mama berubah.. terkejut laa tuh.. bhahaha..

rahsia yang dimaksudkan adalah, sorokkan adik bawah katil aku.. dia ingat aku tak tahu ke? =.=''

abang pon sayang adik2 dia, walaupon adik dia ni nakal.. setakat ni, dah dua kali aku selamatkan adik kat dalam longkang.. tu laa.. nakal sangat.. main lagi jauh2.. kan dah jatuh.. mujur aku perasan,, kalau tak, lemas la dia dalam longkang, tak pon kene makan dengan biawak.. uuu... takotnya... 

lepas kejadian 2 kali adik2 aku mati and ilang tanpa jejak.. aku nekad nak jage 4 ekor anak kucing sampai besar, bila dah besar pandai2 la jage diri,, takkan aku jugak kene jaga,, =.=''

tapi sekarang dah tinggal 3.. hari tu aku nampak adik yang sekor tu kene pijak masa Ayah aku nk undur keta.. paham x? aku nampak dengan mata aku.. T_T dia kecik lagi.. so, harapan aku nak besarkan 4 ekor anak kucing dah menjadi layu,, sekrg harapan besarkan 3 ekor la pulak, sebab sekor dh mati.. 

ok, sambung cerita abang.. abang ni sayang adek dia.. kadang2 adek dia datang nak main, abang layan ja.. ade sekali tu, mak aku cerita.. adik tido kat atas abang.. abang duk senyap je.. tak gerak, takut adek dia terbangun.. huhu.. sayang betul dia kat adik dia.. ^_^

oh, btw, hari tu aku nampak abang dating dengan makwe dia.. bhahah... abang dah ade makwe.. tp masih minum susu mama.. tak malu... wuu~~

ok.. sekian.. ulala..~~


Isnin, 8 April 2013

JPJ test~ wee~

Assalamualaikum.. haha,, wee... hari Ahad hari tu ak dah selamat buat test JPJ.. bhahaha.. dan aku dah lulus dengan cemerlang nya.. lol.. ok, abaikan..

ok. seperti ak cakap tadi.. ak dah lulus.. so lepas ni ak boleh la pergi merayau kat mydin.. =.=''

opss.. sebelum tu, ak kena pergi siapkan lesen P aku dulu kat pejabat JPJ.. lol.. lepas tu, mydin.. wee~~

ok.. ekceli, aku ni bukan terdesak sangat nak pergi mydin.. tu je satu tempat yang aku terfikir nak pergi.. sebenarnya banyak lagi tempat lain aku nak pergi.. contohnya, masjid kristal.. haha.. Hari Ahad ni aku kena pergi atas urusan kerja.. kalu aku lambat mintak maaf la ye.. aku tak berapa ingat jalannya.. bhahaha,,

sebelum ak test JPJ ni, ayah aku dah test aku dulu.. dia suh aku drive kat jalan kampung.. what the heck??
jalan tu kecik kot.. ak takot nak bawak.. dahla kat tepi tu parit.. tergilincir kereta masuk parit naya aku..

balik je dari test ngan ayah aku, dia berleter..

''berat mung ngah.. brek ngan minyak xreti beza lagi.. abah suh brek mung koho laju''

and so on..

lol.. aku bukan tak reti beza brek ngan minyak.. sebelum aku brek, aku tekan klask dulu.. sebab tu semakin laju.. lol.. apepon.. ak memang boleh beza minyak ngan brek.. ayah aku je tak yakin..

aku balik je dari test ngan ayah aku, aku tengok ade sisa pokok kat pintu keta belakang.. skill ayah aku..

''abis pokok dia gi tebas''

lol.. dah tu.. kawasan yang aku lalu tu kawasan semak.. pokok pon tinggi-tinggi.. kalu kereta 30 km/h bergeser, cabut la pokok tu.. =.=''

walau ape pon,, ayah aku memang kutuk aku habis-habisan la masa tuh..  hah.. ade lagi satu dia kutuk aku..

''ngah bawak keta tersedut-sedut.. terangguk-angguk kepala JPJ naik ngan ngah.. tak leh wat camtu.. marah la JPJ kalau kerta sedut-sedut macam tu''

lol.. ak xtekan minyak.. memang la sedut-sedut.. kereta kat bitara tak sedut-sedut pon kalau aku tak tekan minyak.. haha.. biarlaa.. memang kereta bitara tak mudah sedut kot..

selepas kejadian tu,, parent aku tak expect pon aku lulus.. sebab dari cara aku bawak, diorang dah anggap peluang aku nak lulus tu tipis.. diorang tawakal je.. hahaha,, aku pon sebenarnya tak biasa dengan jalan kecik.. aku takut plus gayat dengan parit lagi... =.=''

lepas abis test.. ak mesej mak aku.. aku cakap dah siap test.. aku pon tunggu je mak aku amik.. sambil tunggu beli milo dulu.. dahaga beb.. aku tunggu dari pukul 10.45.. pukul 1.30 baru siap.. aku tak berani pergi mana-mana, takut dia panggil aku.. haha..

akhirnya, dalam kul 2 jugak la mak aku sampai.. mak aku pon tanya..

''sedih je muka.. cm ner? lulus tak?'

aku pon tak sedo sebenarnya muka aku cam tu.. sebab aku rasa aku buat muka yang memang selama ni aku buat bila otak aku kosong.. masa tu memang aku tak fikir pape pon.. ak boring kot.. lol

then, bila mak aku ckp mcm tu, aku pon nak troll dia.. aku pon buat bunyi..

''uhuk3''

siyes aku tak cakap pape kat mak aku.. then mak aku pon cakap..

''hurmm... gagal kat mana?''

lol..what the heck? siyesly.. adakah mak aku memang expect aku gagal.. haha.. lawak betol mak aku.. then, aku pon berleter kat mak aku.. ''haa.. mak memang ingat ngah gagal ea? tak baik.. tak baik.. ngah lulus laa..''

mak aku ketawa.. bergegar keta kancil dia.. agak menakutkan.. macam ahli sihir jahat je bunyinya.. lol.. sabo je laa..

anyways.. aku bersyukur sangat sebab lulus.. aku tak kisah kalau kandas pon.. tapi, aku kesian sebenarnya, sebab aku guna duit parents aku nak buat lesen ni.. kalau aku kandas.. maknanya melayang lagi laa duit diorang.. so, aku cuba agar tidak gagal.. ^_^

haha.. its a motivation for me... lol.. pelik je ayat aku.. =.=''

sekian
terima kasih kerana membaca ^_^

Isnin, 1 April 2013

surat untuk sahabatku..

dear friend..

ak ingat lagi, masa aku jumpa mung first time, kita darjah 6 mase tu.. tp kita xrapat pon.. maklumlah.. aku budak baru.. kita xrapat pon.. bukan nak kate rapat.. tego pon x rasanya..

xsampai setahun aku sekolah situ,, aku pindah.. sekolah dekat sikit dengan rumah aku..  kih3..

lepas abis UPSR aku pergi kat sekolah menengah.. aku tak sangka pulak aku akan jumpa dengan mung..

masa fom 1, ak duk kt kelas depan sekali.. ak xjumpa pon mung.. malah, aku tak tahu pon mung wujud kat sekolah tu..

dan aku ingat lagi, kali kedua aku jupe mung lepas sekolah rendah.. mse tu kita fom 2.. aku baru masuk asrama.. ak jumpa mg sebelum solat maghrib.. aku tgk mg bwk ma'thurat.. nak bce sebelum magrib..

ak tye mg ''budak baru ke kat sekolah ni?''

syes ak tak penah jumpa pon mg sebelum ni.. dan ak xingat pon mg penah sekolah dengan aku masa darjah 6.. mg yg ingatkan aku..

walaubgaimanapun, kita masih xrapat lagi.. kita sekadar bertegur sapa, seperti kawan biasa,, yelah,, kita x duduk sekelas.. mg dengan geng mg.. ak, dengan geng ak..

naik fom 3.. kita sekelas,, syesly,, kita agak rapat.. rapat macam satu geng.. mg, aku, ya, raudhah, jaa..

nok2, bilik kita dekat.. bilik mg sebelah bilik ak kat asrama.. kadang2.. ak lepak bilik mg.. kdg2 mg lepak bilik ak.. kita pergi prep pon sama2..  ^_^

pendek kata, semua kita buat sama-sama.. mandi tak laa.. =.=''

lepas habis PMR, kita amik aliran sama.. tapi, kelas kita lain2..

disebabkan kelas kita lain2, kita dah semakin menjauh.. ak pon xdtg kelas mg, bab kelas kita bergaduh.. entahlaa.. saling anti.. =.=''

naik tingkatan 5.. sekali lagi aku sekelas dengan mg.. mg dah ade set mg.. so, ak tak berapa rapat dengan mg.. mg pon xberapa nak layan aku ni..

tapi,, entah mengapa, lepas abis SPM, hubungan kita rapat.. bagai isi dengan kuku.. padahal, selama hampir 6 tahun kita berkawan, xpernah plak serapat ni..

seperti Allah dah tetapkan.. memang aku akan mempunyai mg sebagai kawan aku.. walaupun terpisah, Allah tetap satukan kita semula..

aku ceritakan semua rahsia aku kat mg.. mg pon cerita rahsia mg.. walaupun ak tahu, xsemua rahsia mg cter kat ak.. tapi aku hargai, sebab ak tahu mg percayakan aku..

setiap kali aku terjatuh.. mg akan ada untuk bangkitkan aku.. tapi aku tak mampu membuat semua tu.. ak cuma boleh mendengar masalah mg.. tapi, aku xbleh bangkitkan mg..

mg tolong aku selesaikan masalah aku. tapi aku xmampu nak selesaikan masalah mg.. aku cuma mampu melihat masalah mg..

tp mg tetap kata,, ''sokey''

dalam ramai2 kwn ak,, mg r satu2nya yang ak paling selesa bila dekat dgn mg.. ak selesa jugak dengan org len,, tp kadang2 ak rasa rimas sikit.. =.=''

selalunya, ak on fb.. perkara pertama yg ak akan cek.. mg on x.. kalau mg xon.. ak periksa chatbox ak.. biasa mg ade tinggal pesan kat situ..

ak on fb, semata-mata nak chat ngn mg je.. kalu mg xon.. ak pon off la.. bukan payoh ngat pon..

masa aku jumpa mg kt sekolah hr tuh,, ak ase xmboh balik je,, nak cerita byk3 gtu.. =.=''

tapi, masa terlalu singkat.. ak payoh nak jumpa mg.. dalam chat je laa aku boleh tukar2 cerita ngn mg..

ak hargai semua pertolongan, pengorbanan masa mg, rehat mg.. semata-mata nak tolong ak..

terima kasih sahabat.. engkaulah sahabat sejati yg diidamkan semua org..

ikhlas dari,

e-Froggy


Jumaat, 29 Mac 2013

Luah Perasaan ke Jaja Cerita?

Assalamualaikum.. ^_^ sepeti yang kita tahu.. fb kini sudah menjadi tempat orang meluahkan perasaan.. yeay!! tahniah fb kerana menjadi pendengar setia.. segala masalah orang boleh di 'upload' ke fb.. =.='

okay, seriusly, aku tak kesah pon kalau korang nak update status nak luah perasaan, sedih, hampa, putus cinta, putus tunang, marah.. nak bunuh diri.. aku tak kisah.. aku sedia membaca..

err,, bahagian bunuh diri tu, aku terpaksa amik tindakan sewajarnya.. bunuh diri berdosa ye.. jangan tiru aksi ini..

anyways, hari ni aku bukan nak cakap pasal bunuh diri.. lain kali lah kalau nak cakap pasal bunuh diri ni.. hari ni aku nak cakap pasal menjaja cerita..

seperti yang korang tahu, ada kawan aku baru putus cinta.. aku ada update pasal cerita tu.. kalau belum baca, klik disini..

seperti yang aku dapat tahu, mamat ni dah separuh gila... aku berkawan dengan orang gila? :O

kalau dia percayakan jodoh Allah tak de la dia jadi gila macam ni.. =.=''

okay, seriusly, aku dah lari tajuk..

kisahnya bermula begini.. si mamat ni selalu update status pasal makwe dia.. mula-mula aku tak kisah.. sebab aku pon nak tahu kisah dia.. setiap jam dia update status..

setiap masa jugak laa aku baca status dia tu.. cerita la, betapa dia menyesal buat macam ni kat makwe dia.. a*** sayang s****, gini2 gtu2.. =.=''

lama-lama aku bca status dia naik meluat pulak.. mamat ni seolah-olah nak jaja cerita.. dia bangga ke nak cerita dia putus cinta?

kalau aku putus cinta, malu nak cerita kat orang.. kalau aku cerita pon, cerita kat kawan aku yang paling rapat je.. tu pun aku cerita kat chat box.. xde sampai update2 status bagai..

bila dia buat status macam tu, ramai orang like, tapi tak de orang komen.. kemudian dia mara ke rancangan seterusnya..

setiap kali geng aku update status, status la pasal ape pon, pasal biasiswa ke.. gosip terbaru ke.. mesti dia komen.. nak suruh orang layan lah tu.. nak suruh orang tanya, masalah nape? bla3..

plizz,, siyes aku menyampah..

tak cukup dengan tu, dia hantar chat kat aku.. cerita masalah dia.. ==''

kalau la aku ni mulut celupar, mesti aku cakap..

''dah tu kan salah mung.. memang padan la makwe mung tnggalkan mung''

tapi mujur aku masih mempunyai pertimbangan akal, so aku senyum je.. =.=''

ekceli, aku tahu kenapa dia buat semua tu.. dia nak suruh aku dan kawan-kawan makwe dia tu, supaya pujuk makwe dia..

so, aku sebagai kawan kepada makwe dia, sedikitpun tidak akan menurut kehendak tersirat mamat ni.. aku sebagai wanita dan kawan baik kepada minah ni mesti lah nak yang terbaik buat kawan aku..

aku takkan pujuk makwe dia, kalau dia nak kembali, itu adalah kehendak dia.. bukan sebab aku pujuk..

kalau aku bagi nasihat kat makwe dia tu,, aku cakap:

''xyah pilih r mamat tu.. kalau aku takkan terima lelaki yang mnyakitkan ati aku lebih dari 3 kali''

huh,, padan la muka.. sape suruh cari pasal sangat dengan kaum hawa ni.. =.= poyo la ko ni

aku rasa entri ni dah lari tajuk laa.. bia laa.. aku memang nak luah perasaan pon.. =.=''

pesanan aku.. kalau ye pon nak luah perasaan, jangan la setiap masa update status.. kan lebih baik ko cerita kat chatbox ke.. xde la nampak sangat korang nak menjaja cerita..

and, btw.. Allah is the best listener.. just go and tell Him your story.. He will make your heart fell calm..
 I LOVE ALLAH

sekian 
terima kasih kerana membaca ^_^



Khamis, 28 Mac 2013

Wanita free hair tak layak di Approve?

Assalamualaikum.. hai,, hello there.. =.='' abaikan.. okay,, berkenaan tajuk aku ni.. tadi aku terbaca status seseorang lelaki di pesbuk.. pesbuk lagi.. =.='' 

so, tujuan aku menulis entri ni sebab aku nak komen ape dia cakap tu.. aku boleh je nak pergi komen dekat status dia, tapi aku takut panjang plak komen aku.. so, aku update entri supaya aku boleh kongsi dengan semua orang, mengenai pendapat aku.. =.=''

''shuhhh ! jangan add aku awek yang freehair.. NYAH KAU DARI ADD AKU !
tak suke tak suke .''

lebih kurang macam ni la ayatnya,, ehh,, mmg ni aku copy paste ayat dia.. so, memang ayat dia.

ok, look here carefully Mr. hensem boy.. sebagai seorang muslim, pernah kah anda terfikir, bahawasanya, itulah saat sesuai untuk membimbing perempuan yang free hair tu balik ke landasan  Islam?

mungkin perempuan itu tidak tahu sama sekali mengenai suruhan menutup aurat.. kenapa perlu di boikot perempuan seperti ini?

aku tak paham dengan ko ni.. adakah dengan tidak mempedulikan perempuan seperti ini menjadikan ko suci? menjadikan ko seorang yang sempurna? tak sama sekali.. 

malah, sikap seperti inilah yang menjadikan keadaan semakin buruk.. sikap seperti inilah yang menjadikan ramai perempuan tidak menutup aurat dengan sempurna..

apa kau rasa diri kau begitu suci dari dosa sehingga tidak mahu mendekati wanita seperti ini.. sekiranya begitu.. engkau salah sama sekali..

apa kau takut sekiranya engkau mendekati perempuan seperti ini, dosanya akan terpalit padamu?

dosa si pembuat dosa tak akan terpalit sedikit pon kepada engkau.. malah, sekiranya engkau berjaya membimbingnya.. pahala menantimu..

apakah engkau tidak mahu membuat pahala sebagai bekal di akhirat mu? 

akhir kata dari saya,, berhenti boikot perempuan free hair.. bimbinglah dia supaya kita dapat bersama-sama mengumpul pahala buat bekalan akhirat.. amin.. 

''sampaikan dariku walau sepotong ayat''

sekian
terima kasih kerana membaca

Rabu, 27 Mac 2013

Disebalik Cermin Pantulan Imej~

Assalamualaikum.. entri kali ini memaparkan sebuah lagi kisah seram.. memaparkan? lantak laa,, aku peduli apa.. asal korang paham sudah..

aku tak pasti sama ada korang merasa seram dengan kisah ini, tapi bagi aku, disebabkan kisah ini, aku takut nak keluar masuk bilik.. sebab apa? depan bilik aku terletaknya sebuah cermin yang besar.. so, aku takut terpandang imej pantulan aku.. lol..

sebenarnya cerita ni aku baru dengar semalam, masa reunion dengan kawan.. reunion la sangat.. =.='' 
tak laa,, sebenarnya ada taklimat hala tuju selepas SPM.. kot.. tu yang rajin sangat aku pergi sekolah semalam.. kalau tak, malas jugak..

lepas abis taklimat, kitorang bertiga, melepak kat sekolah sambil tengok movie.. citer seram kot.. sampai kawan aku sorang tu tutup mata, takut sangat la tu kot..

lepas tu, tak tahu macam mana boleh terkeluar cerita pasal cermin ni.. hilang konsentrasi aku nak tengok movie.. haha..

kisahnya macam ni.. ehem2.. <------- batuk2 dulu..

pernah tak korang masuk dalam rumah yang penuh dengan cermin..? apa yang korang rasa? seram kan? yang tak rasa seram tu buat-buat seram dah laa.. aku pon rasa seram jugak sebenarnya..

berdasarkan cerita seram yang aku suka tengok, kalau nak nampak bayang hantu je mesti dalam cermin.. so agak takut nak tengok cermin kalau sorang-sorang.. takut ternampak apa2.. haha..

pernah tak korang dengar orang tua dulu pesan, jangan menyikat rambut waktu malam di depan cermin? aku pernah dengar, mula-mula aku tak buat, tapi lama-lama aku jadi tak percaya benda macam tu.. bukan apa, mereka langsung tak memberi sebab larangan tu..  semalam baru aku tahu rahsia cermin..

rupanya, disebalik cermin tu terdapat cicak sesuatu yang aku tak pasti nak panggil apa.. menurut kawan aku yang menceritakan kisah ini, nama dan alamat dirahsiakan, benda yang aku tak pasti nak panggil apa tu 'berkenan' dengan perempuan yang selalu melihat wajahnya di cermin..

katanya lagi, kalau nak tahu bukti kita ada benda tu, bulat kan mata depan cermin, kita akan perasan yang imej itu akan bulat kan mata balik.. cuma cara dia bulatkan mata lebih menakotkan..

pastu, kalau korang senyum, senyuman imej yang terbentuk akan lebih menakutkan.. menakutkan laa,, takkan indah kot.. =.=''

lagi satu, kalau korang tengok kat mata, mata imej lebih tajam di hujung.. macam dalam anime tu.. mata tajam.. =.=''

kawan aku pernah menghadapi perkara ini, katanya..

''aku penoh sekali, ak senyum kat cermin.. pastu senyuman aku terlebih 1 saat..''

terlebih 1 saat? kelaass kau.. =.=''

katanya lagi, imej yang kita lihat itu adalah makhluk yang sering mengikuti kita.. huhu.. ada pengikut rupanya.. seram~~

anyways.. walau apapun, jangan takut dengan makhluk macam ni.. semua adalah ciptaan Allah.. lol.. ak sendiri pon takut, nak nasihat kat orang.. haha,, nasihat untuk diriku jua..

then, jangan tenung cermin lama-lama.. kang ada yang 'berkenan'..  haha.. T_T huu~~ sangat menakutkan..

sekian
terima kasih kerana membaca ^_^


Isnin, 25 Mac 2013

Alahai~ kawan aku putus cinta~


Assalamualaikum.. haha,, hari ni aku nak cerita sedikit tentang kawan aku.. aku tak tahu apa isu diorang..
ekceli, aku tak tahu pon diorang bergaduh.. haiyoo..

semalam, tengah sedap2 aku chat ngan blue-bear, tetiba dia hantar chat kat fb.. aku terkejut laa,, selama ni tak pernah pulak hantar chat kat aku.. semalam plak dia hantar chat.. jom ikuti chat antara aku dengan dia..

oh, btw.. dia ni lelaki ye.. makwe dia kawan baik aku, so, aku tak pasti apa hubungan aku ngan mamat ni.. =.=''

dia: e-froggy weyh..
ak cntekn pia sgt2..
anye ye je yg ad lm aty ak..
smnjk stahun lbih ni,ak xpnoh knang kt pmpuan len..
ak syg ye e-froggy weh!
syg sgt2!
ak akn wk ye bhagie.. epy.. snyum smpai tlinge stiap ary..
ameen..

aku: (agak terkejut dengan sergahan secara tiba2)
amin..
ak pon harap mg sama ngn ye..
tp tu la,
ak nak tye mg se perkara,
mg percaya tak dengan Jodoh?


dia: npe?
ak ykin..
sbb mse ak brjauhan ngn ye.. ye lri drpd ak..
ak nngis opmo..
cube bwg ye dr aty ak pn xleh
mmg xleh.

dan di saat ini aku dapat merasakan adakah mamat ni tak paham bahasa atau aku cakap tak jelas..
then, aku terus mengeluarkan ayat yang biasa aku guna kalau ada orang putus cinta..

listen.. ak bkn nk doa buruk ke mg.
tp ak harap mg phm dgn ketentuan Allah..
jgn sangka buruk dgn Allah..
Allah thu yg terbaik untuk hambanya..
seandainya berlaku apa2 antara mg ngan piya.. redha je..
sebab Allah tahu apa yg mg xthu,,
jgn sesekali putus harapan dengan Allah..
cyes, ak xde niat nak doa pape yng buruk antara mg ngn piya.. tp ak harap ngat mg sabo dn tabah..
seandainya terputus, lpskan dia,, kalu mg berat lepaskan dia, mg lg terseksa, selamanya..

mamat itu langsung membalas,, biasanya kalau aku keluarkan kata2 ni, orang tu akan rasa okey,, lain pulak mamat ni..
ye2..
sufia xleh lpskn ak gop..
ye kte even ye suke kt lki len,ye ttp syg n cntekn ak..
ye skang ni,trjerat..
ye anye mkir gni la..
antre ak ngn lki 2..spe leh brtahan..
spe yg mngaloh lu ble blajo 3,4 thun ekg..
ak ykin yg ak akn ttp ngn pia..
ameen..
ak stie btol2 ngn pia..

sampai kat sini, mood aku dari ^_^ bertukar jadi T_T, ini kerana aku takot je beno.. kang salah cakap ke pape.. xke naya,,

walau bagaimana pon aku masih memberi kata positif... ada lagi dia chat ngan aku, tapi aku malas nak copy, aku tau korang pon malas nak baca..

bila sampai je kat satu chat dia, ak dapat rasakan dia cuma nak luahkan perasaan, bukan nak dengar nasihat aku.. =.=''

kalau boleh aku nak cakap macam ni..

mg ni dah kritikal, pyoh ngat kawen je la ngan piya or.. =.='' asyik tulis kat fb je.. kawen nak tangguh..

tp aku bayangkan aku tak de insuran nyawa dan khairat kematian, aku batalkan aja niat aku tu,,

so aku layan je la luahan perasaan mamat ni.. sambil aku melayan, aku berharap sangat mamat ni gi off dan tido secepat mungkin.. =.=''

selepas beberapa jam, baru dia off,, aku tak dapat gambarkan betapa bahagianya aku waktu tu..

aku benonye dok kisoh kalu orang nak luahkan perasaan kat aku,, aku sedia mendengar,, tp aku tak tahan kalau dah siap luah, aku bagi nasihat, tak mo dengar.. pastu disambung luahan hati dia.. aku pon cuma mampu senyum.. ^_^

tak mampu buat pape dah.. =.=''

so, sampai sini jer lah coretan aku.. aku tahu korang pon tak berminat nak tahu,, hahah.. bia r,, aku saja nak share..


sekian
terima kasih kerana membaca

Ahad, 24 Mac 2013

Trip To Dakwah bhgn 4~

Assalamualaikum.. lol, tajuk aku hari ni sambungan trip to dakwah bahagian 3.. basi dah tajuk ni.. aku malas nak menaip beno, tu jadi gitu.. =.=''

okeyh, aku sambung cerita aku beberapa bulan yang lalu.. =.=''

8 Disember 2012

jemaah dakwah membuat praktikal di Masjid Putrajaya.. ^_^
mulanya agak takut sebab aku kene speaking ni.. aku ingat lagi first time aku speaking.. berbelit-belit lidah aku nak cakap,, sabo jerlaa~

tapi setakat ni, aku belum buat praktical lagi., aku ingat dah boleh setat cakap, tp belom rupenye.. =.=''

ak masih mendengar taklimat, kemudian fasilitator menunjukkan cara bercakap..

beliau berbual dengan seorg pelancong dari korea!! ^_^

cume sorg je pelancong korea tu yang pandai speaking, yang len buat2 paham je.. lol..

masjid Putra ^_^
antara sukarelawan yang terlibat.. ^_^ bersama pelancong korea dan thai 


kitorang duduk kat Masjid tu sampai Zohor.. lepas tu~ shopping!!!

alaahaii,, aku tak de plak gmbo pergi shopping.. maap ye.. ^_^
aku tak ingat beno pergi shopping mana.. haha..

kemudian, setelah berpenat lelah, sampai berpeluh, nipu ngat ar,,  abang dreba yang sporting, dengan persetujuan guruku, membawa kitorang lepak I-City,, wee~~

I-City wee~~

so, sampai situ jerla,, kisah aku kali ni.. aku dah ketandusan idea dah ni,, =.=''

sekian 
terima kasih kerana membaca ^_^

malu parent hadir ke sekolah? aku malu kawan dengan ko~~

Assalamualaikum.. tajuk hari ni sedih sikit, aku pon tak tahu sedih ikot mana.. kalau tak sedih tak pe, aku rasa sedih..

dewasa kini, masa zaman aku sekolah dulu, ada ayah kawan aku, pagi2 dia mari sekolah, tapi tak selalu la, kadang-kadang, kalau anak dia tak sempat makan pagi.. hantar kuih.. nyum3.. ^_^ aku pon menyibuk laa. takkan la dia nak makan sorang2.. hahaha(ketawa jahat)

tapi dia tak malu pon ayah dia mari hantar makanan.. tu yang membuatkan aku respect dia..
tabikkk!! >.<

kadang-kadang ada budak yang rasa malu bila parent datang sekolah.. sedih plak aku rasa., mungkin dia malu dengan cara pakaian parentnye,,

sepanjang aku hidup ni, aku harap jugak kalau parent aku datang bawak makanan sampai kat kelas.. haha, walaupun makanan dah dijual, tapi apa salahnya?

ini menunjukkan betapa parents sayang kat kita, btol x? so bangga la sikit kalau parents sanggup datang sekolah semata-mata untuk kita.. aku bangga mak aku datang sekolah..

bagi aku, kalau ko malu dengan parent ko, aku malu nak kawan dengan ko.. jangan tego aku, sebab aku malu kalau orang nampak aku cakap dgn ko..

apa perasaan korang kalau ada anak, dan anak malu bawak korang jumpa dengan kawan sekolah? sedih beb.. so, jgn ada perasaan malu nak bawak parent pergi sekolah..

''tak kan nak lepak dengan kawan pon kene bawak parents?''

lol, aku nak bagi tahu xreti.. aku tengah cakap pasal aktiviti kat sekolah laa.. bukan aktiviti lepak dengan kawan.. dah lepak dengan kawan tak pe la tak bawak parents, diorang pon tak nak ikot sebenarnya,, =.=''

banyak lagi aktiviti diorang nak buat daripada ikot korang lepak ngan kawan2.. pergi pasar, masak, kemas rumah, bla3.. tak tertulis aku kalau nak senarai..

so, pesan aku, xyah nak malu sangat la kalau parents munculkan atau kiss2 korang depan kawan2, or cikgu.. sedangkan mak kita terpaksa tahan malu depan doktor masa nak sambut korang lahir, lebih2 lagi doktor laki.. kena tengok kat bawah tu, nak sambut korang.. malu der,, jangan ingat kitorang xmalu orang tgk..

bangga lah sesiapa yang ada parents, sedangkan ramai orang lain yang yatim piatu..

sayangilah parents kita sebelom mereka menutup mata selamanya..

hargailah pengorbanan mereka sepanjang kita hidup..

sekian,
terima kasih kerana membaca ^_^

~loghat~ ^_^

Assalamualaikum.. hari ni aku nak cerita pasal loghat.. loghat, apa yang korang paham pasal loghat? lol.. aku pon tahu,, xsempat nak kaji dalam2.. =.=''

tapi ada sesetengah negeri yang aku tahu loghatnya..

negeri sembilan:
apo kono eh jang?
(kenapa dgn kau haa?)

kelantan:

toksey kawe nge mung.
(tak nak kawan dengan ko)

terengganu:

guana gamok lening?
(apa cerita sekarang?)

kedah:

hang tunggu sat noh?
(ko tnggu jap ea?)

tu jer la yang aku tau, yang lain aku tak tahu.. =.=''

tapi sekarang aku bukan nak membandingkan loghat sape paling hebat.. aku malas nak banding2 ni..tp hari ni aku sekadar nak protes je tentang pemikiran sesetengah orang..

aku mintak maap kalu ade yang terasa, sebab aku dah tahan pendam bende ni.. aku nak luah jugak gane2 pon,,

so hari ni, aku nk ckp psl loghat, ak nak gne loghat ganu, pye dok paham google okey?

ginim, baru nim aku ad bce status se page nim, ak pom dok ingat ane nape ye kabo. ak wi sinopsis jelah..

ye kabo ginim, orang ganung gi KL, mri ganung cakap KL lalu, hebak mg, mg jgn wak bajet gtu r ckp luo ble balik kappung..bla3,, ak dok ingat orh..

dulu aku penoh gop, ade sorg semek kat koloh aku, ye wahi cakap luo, so ramai org nyapoh nge ye,, katenye, org ganung ckp r ganung, bakpe nak cakak KL nye.. =.=''

dear orang ganung..
ambe sebagai orang luo, merasa betapa plek nya pemikiran mg.. kalu ar mg tau bahawasanya, BAHASA MELAYU pure difahami oleh semua orang.. manakala LOGHAT TERENGGANU pure difahami oleh saing kita je..

syes aa, belom2 ni aku dok pahang pom npe mg kabo,, ye laa, sejak bertahun aku duk ganu, aku makin paham r ngan loghat korang..

listen,, aku dok duli r kalu korang nak mengagungkan loghat korang, tapi jgn lah sampai membenci orang ganung hok cakap luar, or bahasa mudahnya, BAHASA MELAYU PURE..

one day, mereka akan berhijrah ke negeri orang, so, kalu diorg cakap loghat ganung gop, orang len dok paham r.. ngerti? so, aku rasa tak de salahnya kalu mereka nak cakap BAHASA MELAYU PURE tanpa LOGHAT TERENGGANU..

kan lebih bagus praktis awal-awal cakap bahasa melayu pure? dari cakap bahasa kappung kita, orang len mne paham.. kalu paham mujur.. ngerti?

lagipon, ape salohnya kalu orang nak agungkan bahasa melayu? bahasa melayu bukan bahasa mg ke?
=.=''

ini yang berlaku kat terengganu, kat negeri lain aku tak tahu,.. sape dok stuju, komen. kita baloh dua.. =.=''

sekian
terima kasih kerana membaca ^_^