Khamis, 23 Ogos 2018

Penulisan Latihan ilmiah

Assalamualaikum dan haĆ®..

Untuk pengetahuan semua, aku kini berada dalam proses menulis latihan ilmiah. Sekrang ni, bagi aku adalah saat yang sangat kritikal. Mana taknya, latihan ilmiah ni yang akan tentukan aku konvo tahun depan atau dua tahun lagi. Lul.
Saat kritikal juga, apabila segala tok nenek esaimen, presentation, mooting, semua diadakan serentak. Mid term satu lagi.

Saat-saat macam ni lah, segala perasaan bercampur baur. Marah, sedih, tertekan. Masa macam ni, hati manusia sangat rapuh. Pantang tersilap cakap sikit, memang luka mendalam. Lul. Tak leh salahkan orang juga sebab sensitif. Memang manusia ni dijadikan dalam keadaan lemah. :')

Tipu lah, kalau aku cakap aku takde terasa hati dengan kawan lain. Dan kawan lain, tentunya ada terasa hati dengan aku. Padahal benda tu kecik je.. tapi disebabkan keaadaan sekarang, kita kena saling menjaga perasaan satu sama lain.

Mesti sebelum ni korang pernah fikir, "asyik aku je jaga perasaan orang, tapi orang tak de nak fikir perasaan aku." Sapa yang masih fikir macam ni, sila terjun dalam loji kumbahan,

Sejak akhir-akhir ni, aku ada belajar sesuatu. Bahawasanya, rakan-rakan disekeliling juga sentiasa jaga perasaan kita. Abes tu, kenapa kita terasa dengan mereka? Mungkin mereka tak sengaja. Mereka manusia, kadang2 buat silap tu biasa.

Kedua, aku belajar untuk hargai apa yang kawan2 buat untuk aku, meskipun kecil. Contohnya, tolong tutupkan charger fon bila dah penuh. Lul. Hargainya, ucapkan terima kasih sebab tolong tutupkan. Kalau tak tutup, meletup nanti.

Jadi, disaat aku sedang kritikal dan terlalu overthinking ni, kawan2 yang selalu support dan jaga perasaan aku ni, terima kasih, dan aku memohon maaf sekiranya ada terlepas cakap yang buat kalian tersentuh. Lul.

Tatau nak cakap apa lagi, aku nak blah. :')

Thanks baca.