Isnin, 28 April 2014

ucapan takziah.

assalamualaikum, mih mih lama rasanya aku tak update blog ni. memang aku sengaja malas nak update. mana tak nya. aku penat penat update sampai menitis peluh di dahi, sorang pon tak nak hadap natang blog aku ni.. ulalala~~

straight to the point je laa memandangkan aku ni sibuk macam pegang jawatan tinggi atas muka bumi ni. dengan esaimen melambak atas meja aku, dengan nasi ayam nya. aku tak tahu nak dahulukan mana dulu. so aku pilih untuk ke tandas. kan dah tetibe melalut sampai tandas. =='

baru baru ni, maksudnya semalam lah, hari ahad. kawan kepada kawan aku ni meninggal. aku tak kenal arwah tu. hubungan dia dengan aku jauh sangat. kawan aku sendiri yang aku selalu lepak sesama pon aku lupa nama kekadang, inikan pulak orang jauh. ayat skema tak leh blah. pape je laa..

nak dijadikan cerita, masa tu hampir zohor, kawan aku ni dapat kol, katanya kawan dia meninggal. dia pon agak terkejut laa.. aku pon terkejut. muda lagi, sebaya dengan aku. ye laa.. orang kata kan, maut x kenal usia. bila sampai ajal, tak leh buat pape dah.

so, masa zohor kan, aku memang biasa jemaah dengan rumet aku. sebab nak isi borang usrah.. =='' tak pa lah. at least aku buat. then, aku ajak laa kawan aku ni solat. masa tu dia tengah bukak lappy. dia cakap nanti jap. aku pon ok je laa. tak kisah sangat. biarlaa.

aku ingat ade mende penting dia nak setel, sampai bleh pause solat. semangat aku tunggu. rupenye on fb, g post kat wall arwah.
 "innalillahi wa inna ilaihi rajiuun."
sekali arab daa.. siap terjemahan dia bagi.

dalam kes ni, ade beberapa perkara aku tak paham:

1. penting sangat ke update status kat wall arwah, sampai terpaksa pause solat?

2.  dia post status kat wall arwah tu untuk sape? arwah tu dah meninggal dah. memang tak mungkin laa arwah nak on9 tengok orang post kat fb dia kan? aku rasa laa, daripada sibuk dia post kat fb tu, baik dia sedekah Al-Fatihah ke ape kan.

3. biasanya laa, kalau aku melawat rumah orang meninggal ke ape, orang biasa ucap kat ahli keluarga ucapan takziah tu. xpernah plak orang duk mengadap jenazah pastu cakap, "takziah, harap bersabar atas dugaan Allah ni." atau sewaktu dengannya. tapi bila dah post kat wall arwah, macam kita ucap takziah plak kat arwah. kalau besday tu mungkin laa seronok orang nak balas ucap terima kasih. ni kes maut ni, mana laa seronok nak balas. balas pon mungkin tak.

4. mungkin dia post kat wall untuk keluarga terdekat arwah, tapi tak tahu pulak pentingnya post kat fb. macam satu dunia ni plak keluarga arwah. huk aloh.

tu cuma beberapa kes yang aku tak paham. sinopsis dia, perlu ke post takziah kat fb. tu je.

nota kaki: dia muda muda dah mengadap illahi. dosa pon tak banyak lagi, kita ni macam mana laa..  nampak macam menunjuk pon ade. xpa laa.. husnu dzon sudah. mih mih.