Khamis, 15 Ogos 2013

makcik karipap... mitos atau lagenda??

Assalamualaikum. Okeh2.. aku sangat rajin update entri aku.. mengapakah agaknya? Kita abaikan sebentar soalan aku sebab aku bukan nak buat pertandingan ke hape kan..

Ekceli, aku baru habis ujian pertengahan semester. Apa motif aku hebahkan exam aku? Ada laa motifnya aku nak bagi tahu. ada kaitan dengan tajuk entri aku.. ==''?

seperti biasa laa, student, esok nak peksa, malam ni baru study kan.. best student. stay up sampai lewat malam.. orang kata tak elok study sampai lewat malam, bla bla bla and so on.. kata orang lagi, orang laa, tak kan penyu pulak yang bercakap kan.. strategi masa periksa, study sampai pukul 11 je, then tido.. pukul 4 baru sambung balik.. kalau macam aku, dah tido, subuh esok pulak aku bangun, memang tak bangun laa aku konon nak study sebelum subuh..

so, aku terpaksa pakai strategi yang tak berapa nak mantap, kalau aku buat strategi perang, belum start dah kalah.. aku dan rumet aku stay up sampai tengah malam.. untuk mengelakkan mengantuk, aku minum kopi.. kopi.. kopi.. kopi.. *gema*

before aku sambung bedtime story aku ni, aku nak intro sket pasal makcik karipap ni.. siapakah makcik karipap ini?? bukan,, dia bukan balu yang terpaksa menjual karipap untuk menyara hidup bersama anaknya.. aku pon tak tahu siapa dia, misteri betul..

yang pasti dia ni popular jugak kalangan student kmpp ni.. boleh dianggap sama popular laa dengan kak ton yang jual produk kecantikan tu.. bila tanya siapa makcik karipap tu, tak de sape nak jawab soalan aku.. kejam tak mereka??

daripada versi yang biasa aku dengar, makcik ni suka menjual tengah tengah malam buta.. biasa dia akan ketuk tingkap budak yang study sorang sorang.. baik jugak makcik ni.. dia tahu orang lapar malam malam, study kan..

then, bila dah ketuk tingkap, makcik tu pon,


macam tu laa lebih kurang, sebab aku pon tak pernah jumpa..

disebabkan malam semalam aku merupakan best student sekejap, sekejap je pon jadi laa.. aku pon study dengan rumet aku sampai lewat malam.. then, bila dah pukul 1 pagi, rumet aku dah surrender, tak leh nak tahan dah katanya.. aku pon merelakan dia tido. ayat tak bleh blah..

aku pon terpaksa tidur, walau aku nak sambung lagi study, mata tak ngantuk,, nak paksa pon aku bleh jugak, sebab rumet aku sorang lagi dah bising suruh aku tido.. sekali aku bagi baru tahu..

then, aku tutup lampu, baring atas katil.. pusing kiri, pusing kanan, buat kuak lentang, tidur berirama.. walau apa cara aku buat, mata aku masih sesegar pudina.. tak boleh nak lelap pon..

faktor pertama, yess, kopi laa..

kedua, grukk grukk perut aku lapar.. padahal nasi 2 bungkus dah makan... masa tu aa aku terbayang makcik karipap tu,, aku tertanya tanya laa,, dia tak nak datang ke kat bilik aku?? ==??

so, aku ambik keputusan sambung study, semua rumet aku pon dan tido.. aku pon rembat lampu study rumet aku.. aku nak baca apa gelap gelap?? ambik la lampu..

study~~ study~~ sampai pukul berapa tah aku study,, sampai pukul 3 rasanya.. aku pon cuba nak tido,, sekali lagi aku buat kuak lentang atas katil, tak boleh tido..

pergh,, aku pon duduk atas katil, tengok sekeliling, dan aku nampak..

telifon aku.. dah nampak telefon, aku pon main game laa,, bosan doe, malam buta tak bleh tido.. insomnia ke hape aku ni..

pukul 4.55 baru aku tido.. tido sekejap pon jadi laa..

ekceli, aku ade niat tau, memang niat aku nak study sampai lewat malam, selain dari tu, aku pasang misi, konon nak jumpa dengan makcik karipap tu,, tapi, dia tak nak datang.. tak perla.. lagi tenang hidup aku..

aku bukan apa, sebab aku tanya, tak de orang nak jawab aku tanya, so, aku nak cari sendiri laa jawapan tu..


sekian...

Ahad, 11 Ogos 2013

paranormal itu menarik??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ni aku nak cakap pasal paranormal plak.. korang tahu apa tu paranormal?  Tak tahu Google sendiri.. aku tahu korang semua ada Internet connection kat rumah tu.. kalau xde masakan boleh baca entri aku. Korang jangan nak membongak kat sini..

Ok2. Cerita tentang paranormal. Aku suka sebenarnya dengan benda benda macam ni.. walaupun aku takut jugak sebenarnya. Ye laa.. sape sanggup hadap muka orang yang berkulat kulat, dah senget sebelah macam tu.. aku tak sanggup.. lebih lebih lagi kalau dia zoom betul betul kat muka aku..

Tapi sebenarnya,  aku teringin nak tengok benda tu.. bkn apa, aku nak jugak kepastian, betul ke macam tu muka hantu dalam filem arahan Ahmad Idham tu.. tah2 zizan razak pon menipu muka hantu macam tu.. pergh.

Mungkin ada orang cakap aku celupar.. what?? Tu apa yang aku rasa.. bukan apa yang kau rasa.. baling botol sos cili rumet aku baru kau tahu..aku xde sos cili.. rumet aku ada.. pinjam aa sekejap..nanti aku ganti..

Tu antara faktor aku suka tengok hutan gelap gulita malam malam buta kan?? Kot aku boleh nampak benda pelik pelik.

Btw, cakap pasal benda pelik.. pagi tadi, aku baru sampai kmpp... yeay!! Subuh2 aku sampai..

Aku sampai sah laa sunyi kan, aku rasa aku antara orang first sampai kmpp nih.. walaupun rumet aku sampai dulu.. tapi aku tak nak kalah.. aku sampai dulu.. :p

So, aku pon pergi laa bersiap, nak solat subuh.. aku kan suka merenung pokok pokok.. nak tengok benda pelik kan..


sedang aku merenung antara pokok pokpk kmpp ni.. ternampak pulak aku benda terbang.. pergh.. laju giler dia terbang.. aku tengok je.. ingatkan burung.. aku tengok je laa setengok tengok nya.

Aku tak sangka pulak si makhluk terbang tu mengubah haluan terbang ke arah aku.. aku agak terkesima dengan terbangan yang laju tu..

Dia terbang arah aku, shuu~ dia belok, bertenggek atas tembok depan aku..

Aku undur ke belakang sikit.. kang dia cakar aku ke hape, tak masuk paper the star student kmpp kena cakar dengan burung hantu?

Agak nya dia sedar aku duk ngendap belakang dia, dia pon pusing kepala dia, tengok aku laa.. comel laa kot aku ni, sampai burung hantu eksited tengok aku..

Dah dia tengok aku macam nak ikot aku sepanjang hidup, aku pon lari laa.. tapi tak la lari sampai sunway sana, lari beberapa tapak ke belakang..

Then aku berpaling,  tengok burung tu pon dah hilang.. misteri betol.. dah terbang laa kot.. nak pergi tido.. kan dah siang..

So, begitu laa kisah aku dengan paranormal. Tak dapat tengok hantu betul, burung hantu pon jadi laa..