Selasa, 14 Ogos 2018

Tahun akhir di KUIS

Assalamualaikum, gigih juga aku menaip walaupun takde sesiapa baca, lol.

Semalam aku tak tahu apa kena dengan aku, tetiba rasa nak bukak blog aku ni. So, aku baca laa blog aku ni.. bila usia dah meningkat, dan kau baca penulisan kau zaman SPM, Matrik dan asasi, kau rasa macam, Ya Allah, noobnya aku ni. Lol.

Anyway, memang dah lama aku tak update blog ni. Aku merasa kagum, macam mana orang boleh istiqamah update blog hari-hari. Aku ni bukan lah takde masa. Cumanya idea menulis tu takde.  Macam penuisan blog ni laa, kan berterabur tu.

Bila aku baca balik blog aku yang terdahulu, secara automatik, aku terimbau kembali kenangan aku yang diceritakan dalam blog. Hmm,, aku rasa itu lah sebab kenapa orang gigih juga menaip dalam blog. Sebab bila kau baca balik, kenangan tu menusuk jiwa. Okey, noob sangat.. :')

Secara tak sedar, aku dah berada dalam tahun akhir di KUIS. Macam-macam kenangan yang dilalui sepanjang berada di sini. Bermula dari orientasi, berkenalan dengan ramai orang, mengenali hati budi orang, cara handle orang yang kau taksuka tapi terpaksa buat group esaimen sbb kalau tak buat, kau tade markah. Bila takde markah, kau kena repeat. Kehilangan seorang rakan sekelas masa sem 4.

Bila usia semakin meningkat dewasa, every detail moment tu yang kau akan ingat sampai mati. Masa ni bergerak sangat laju, sampai kita pun tak terkejar. so, better takyah kejar, tapi, hargai setiap detik yang kita lalui. Dengan itu, tidak akan terasa rugi akan masa yang telah berlalu.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^