Ahad, 11 Ogos 2013

paranormal itu menarik??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ni aku nak cakap pasal paranormal plak.. korang tahu apa tu paranormal?  Tak tahu Google sendiri.. aku tahu korang semua ada Internet connection kat rumah tu.. kalau xde masakan boleh baca entri aku. Korang jangan nak membongak kat sini..

Ok2. Cerita tentang paranormal. Aku suka sebenarnya dengan benda benda macam ni.. walaupun aku takut jugak sebenarnya. Ye laa.. sape sanggup hadap muka orang yang berkulat kulat, dah senget sebelah macam tu.. aku tak sanggup.. lebih lebih lagi kalau dia zoom betul betul kat muka aku..

Tapi sebenarnya,  aku teringin nak tengok benda tu.. bkn apa, aku nak jugak kepastian, betul ke macam tu muka hantu dalam filem arahan Ahmad Idham tu.. tah2 zizan razak pon menipu muka hantu macam tu.. pergh.

Mungkin ada orang cakap aku celupar.. what?? Tu apa yang aku rasa.. bukan apa yang kau rasa.. baling botol sos cili rumet aku baru kau tahu..aku xde sos cili.. rumet aku ada.. pinjam aa sekejap..nanti aku ganti..

Tu antara faktor aku suka tengok hutan gelap gulita malam malam buta kan?? Kot aku boleh nampak benda pelik pelik.

Btw, cakap pasal benda pelik.. pagi tadi, aku baru sampai kmpp... yeay!! Subuh2 aku sampai..

Aku sampai sah laa sunyi kan, aku rasa aku antara orang first sampai kmpp nih.. walaupun rumet aku sampai dulu.. tapi aku tak nak kalah.. aku sampai dulu.. :p

So, aku pon pergi laa bersiap, nak solat subuh.. aku kan suka merenung pokok pokok.. nak tengok benda pelik kan..


sedang aku merenung antara pokok pokpk kmpp ni.. ternampak pulak aku benda terbang.. pergh.. laju giler dia terbang.. aku tengok je.. ingatkan burung.. aku tengok je laa setengok tengok nya.

Aku tak sangka pulak si makhluk terbang tu mengubah haluan terbang ke arah aku.. aku agak terkesima dengan terbangan yang laju tu..

Dia terbang arah aku, shuu~ dia belok, bertenggek atas tembok depan aku..

Aku undur ke belakang sikit.. kang dia cakar aku ke hape, tak masuk paper the star student kmpp kena cakar dengan burung hantu?

Agak nya dia sedar aku duk ngendap belakang dia, dia pon pusing kepala dia, tengok aku laa.. comel laa kot aku ni, sampai burung hantu eksited tengok aku..

Dah dia tengok aku macam nak ikot aku sepanjang hidup, aku pon lari laa.. tapi tak la lari sampai sunway sana, lari beberapa tapak ke belakang..

Then aku berpaling,  tengok burung tu pon dah hilang.. misteri betol.. dah terbang laa kot.. nak pergi tido.. kan dah siang..

So, begitu laa kisah aku dengan paranormal. Tak dapat tengok hantu betul, burung hantu pon jadi laa..

2 ulasan:

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^