Isnin, 13 April 2015

hobi cuti

Assalamualaikum. Hiks.. dah lama rasanya tak update blog ni haa.. sebenarnya ada je cerita. Tapi simpan kat draf.. mana tak nya.. nak menulis tapi bila tak de idea, simpan laa dulu.. kemudian baru sambung. Memang tak sambung laa cerita dia.. biar je cerita tu basi kat draf tu.. ahaks.. aku lupa sebenarnya. Aku pon dah malas nak pos cerita basi. So, aku taip lain.

Oh well, sekarang aku sedang bercuti.. orang biasanya gunakan caption:

"Oo em gee, sy sedang bercuti!! Masa untuk menternak lemak!"

But since lemak aku memang dah diternak dengan sendiri tanpa bersusah payah, better aku tak pakai caption tu.. aku perlu kurus.. lulz.. macam tak mungkin je azam dan cita cita aku ini.. macam orang tua tua dulu cakap.. "bagai menunggu bulan jatuh ke  riba" ehh? Ada ke? Xkisah laa..

Ianya bermula masa jamuan kelas aku. Masa tu tetibe klasmate aku tunjuk gambar sepupu dia kahwin.. aku pun pelik jugak.. yang kawen tu sepupu dia.. apahal dia eksited tunjuk kat aku.. sesungguhnya aku tak kenal pon sepupu dia itu..

Tapi sebagai kawan yang baik.. aku meraikan jugak ke eksited an dia tu.. masa fes aku tengok muka pengantin tu, aku dah dapat kesedaran. Kesedaran yang amat penting untuk menjamin kebahagiaan hidup aku.. kekonon laa.. padahal aku boleh je buat benda lain untuk bahagia..

Aku mendapat kesedaran bahawasanya aku perlu kurus.. dan target aku adalah sebelum bersanding.. Keazaman aku agak pelik.. tapi sekurang kurangnya ada target.. tapi rasanya target tu macam infiniti pulak.. ahaks.. tak kisah laa..

Habis bab gemok.. sekarang masuk bab penggandaan duit.

Sejak dari tarikh aku mendaftar masuk u, aku dah berangan nak kerja cari duit masa cuti sem.. memang sepanjang aku belajar tu memang tu je aku fikir.. haks.. macam sia sia pulak..

Oukey.. disebabkan aku tak boleh memandu, jadi agak payah nak cari kerja.. cari kerja senang.. nak pergi kerja tu payah.. buahahaha..

Semalam masa tengah tengok anime, tetibe dapat idea jadi penulis novel.. bukan payah.. aku banyak idea untuk dicoretkan memandangkan aku suka tengok tv, baca novel dan berangan..

Semangat aku sungguh berkobar sehingga beberapa saat semangatku mati macam tu je.. kronik sangat sebenarnya. Ada laa
 beberapa sebab, antaranya

Aku ni bukannya puitis.. tengok novel cinta tu, semua mendayu dayu je ayatnya.. kalau aku tulis novel, novel tu layak digilis Keretapi mungkin.. itupun selepas dilanyak oleh motor berkuasa tinggi kemudian dibakar dalam suhu setinggi 4000 darjah fareinheit bersama sampah sarap yang hendak dilupuskan. Oukey. Nampak sangat menipu..

Seterusnya, aku ni bukannya jenis istiqamah.. aku rasa nak buat, aku buat. tak nak buat aku tinggal.. buktinya.. cuba tengok blog aku ni haa.. dulu bukan main selalu update..  tetibe lesap selama setahun. Cuba bayangkan, kalau aku buat novel yang sepatutnya trilogy ke, tetibe lesap tah kemana.. Lari ke sempadan thailand dengan mujibur mari ke.. atau pergi melancong ke Eropah ke.. banyak pulak spekulasi yang timbul.. demi menyelamatkan diri dari pelbagai spekulasi,  better tak payah start.. ahaks..

Oh well.. lagipun.. kalau betul aku minat dalam bidang penulisan.. aku boleh start dengan blog aku kan?

Sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^