Selasa, 14 April 2015

insomnia

Assalamualaikum. Entri kali ni bertajuk insomnia.. sebelum sembang lebih lanjut.. mari kita ketahui apa itu insomnia.. insomnia adalah sejenis penyakit payah tidur.. tu je la yang aku tau.. kalau nak tau lebih lanjut sila google.. haks.. kedoktoran bukan bidang aku..


Anyways, bukanlah entri kali ini membincangkan tentang insomnia.. aku cuma ingin menceritakan kaitan insomnia dengan diri aku.. pfft.. ironi sangat.

kekadang sangat payah untuk tidur.. bukan la aku nak mengatakan bahawa aku mengidap insomnia tahap infiniti.. menipu sangat.. kadang kadang pon tido dah macam tak nak bangun..

bagi aku, tidur adalaha hobi.. sebenarnya aku baru jadikan ia sebagai hobi rasmi.. kerana apa? Aku baru dapat tabiat membeli belah ketika bosan.. ye laa.. kolej dekat dengan bandar.. dan bandar itu segala jenis kedaI ade..

Selain dar bandar itu, kolej aku pun dekat dengan 3 jenis yang aku gelar shopping mall.. memang seronok laa aku berhabis duit.. tp mostly abes kat makanan kalau aku pergi shopping mall.. pfft..

Untuk mengelakkan kejadian kejadian itu, aku perlu ditidurkan.. ahaks.. macam pelik je ditidurkan. Pape je laa..

So, kadang kadang hari cuti masa dekat kolej, memang jarang orang nampak aku kat kediaman.. pasai pa? Aku tengah tido tak keluar bilik..

Kalau aku berjaga sepanjang hari, bimbang aku pakai lawa lawa dan pergI shopping. Lulz.. kejadahnya?

Kadang kadang aku terasa jugak.. lifeless.. hidup ni dimm je.. well.. peduli ape.. aku tak menanggung sesiapa lagi.. aku mana ada suami ke anak anak.. jaga diri je..

Sambung pasal insomnia tadi.. biasanya aku rasa mengantuk, tapi tak boleh tido.. seksa kan.. ia seolah olah.. "gimme 5 minutes to sleep" then after 30 minutes "when I'm gonna sleep?"

English pon hancur.. xkesah laa..

kalau aku tak boleh tidur waktu siang aku tak kesah sangat.. tapi bila malam menjelma, resah jugak tak boleh tidur..

Bukannya resah sebab makcik ketuk tingkap jual karipap ke.. sebab esok aku banyak kelas.. bimbang hilang fokus dalam kuliah..  walaupun secara teknikal nya aku selalu hilang fokus, meskipun mendapat tidur yang cukup.

Tak tahu laa apa masalah aku ni.. hahaaa.. tapi Bila insomnia aku datang, aku rasa seolah olah aku lupa cara nak tidur..


Sekian..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^