Khamis, 20 Disember 2012

post ilmu dalam fb untuk apa?

Assalamualaikum.. kepada pembaca-pembaca yang dirahmati Allah.. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah dan kurnianya dapat kita sama-sama membaca blog saya kali ni..

pergh, ayat skema siot... malam-malam pukul 2 pagi menaip,, skill bosan la tu..

malam-malam online fb,, tengok ramai rakan-rakan yang post ilmu agama untuk rakan-rakan yang lain.. alhamdulillah,, sekurang-kurangnya saya pun dapat seposen dua ilmu daripada rakan-rakan..

bagus sebenarnya sebarkan ilmu agama ni,, bukan ilmu agama pun bagus jugak, ilmu duniawi, ilmu falak, ilmu taekwondo, ilmu hitam sastera..

penyebaran ilmu termasuk dalam dakwah,, memandangkan dakwah juga bermaksud menyampaikan...

Nabi Muhammad S.A.W juga bersabda : sampaikan(ilmu) walau sepotong ayat.. menunjukkan bahawa wajib keatas muslim menyampaikan ilmu yg terpadam terpendam di dada.. berdosa hukumnya sekiranya menyembunyikan ilmu yang diketahui daripada manusia lain..

Tapi, pada pagi yang hening ini, aku bukan nak bagi ceramah agama memandangkan ilmu aku masih di tahap low.. aku lebih suka mendengar ceramah dari bagi ceramah.... haa~~ (hehe,, tadi guna 'saya', masuk perenggan baru guna 'aku' pulak.. ape kejadahnya?)

kawan-kawan yang dirahmati Allah..

tujuan kita post ilmu-ilmu dalam fb (ak cuma sebut fb je, sebab ak xde twitter, tag, dan sejenis dengannya.. wahaha) adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan kita yang mungkin tidak tahu menahu dalam hal-hal tersebut..

Al maklumlah, zaman sekarang ni,, manusia kurang berminat dengan ilmu macam ni..

namun ada sesetengah makhluk Allah yang menge'post'kan post mereka untuk dikatakan alim, warak.. nauzubillah.. ambe harap xde r spesis macam ni dalam kalangan pembaca-pembaca...

mereka sengaja mempamerkan hujah-hujah yang baik-baik,, tak salah sebenarnya, tapi niat tu hampeh sket.. pergh.. boleh jalan lah...

bagi aku lah,, tujuan kita post ilmu-ilmu macam ni untuk menyebarkan sekaligus menyedarkan diri kita yang tak sedar diri tu..

ada setengah yang lain, post bermacam-macam ilmu, kata-kata hikmah, dari Saidina Ali lah, Abu Bakar As-Siddiq lah.. ada pulak yang post 'azab kepada manusia yang tidak menunaikan solat'.. namun apa yang mengecewakan, apabila diselidik tulang latar belakang spesis ini,  mereka sendiri tidak menunaikan solat..

kalau nak ikutkan spesis macam ni paling aku benci.. post reti, buat xreti.. ape kejadahnya macam tu?

tapi, siapalah aku untuk menilai baik buruk sesuatu makhluk.. hanya Allah yang berhak menilai hambanya..

so, pesan nenek sebelum blah:
1. Setiap apa yang kita dapat, meskipun sedikit, sebarkanlah..
2. Apabila sudah mendapat ilmu itu, amalkanlah.. itu adalah sebaiknya.. daripada ilmu tu berkarat duduk dalam dada, baik guna... duh!

tu je la aku bleh fikir setakat ni.. otak aku beku lah pagi-pagi menulis blog.. yang lain korang pikir sendiri.. Aku nak join adik aku tengok tv cter Hagemaru.. wahaha..

so, renung-renungkanlah..
aku cuma boleh menegur, yang lain korang usaha sendiri..

2 ulasan:

  1. yeke? anda selidik cmne? dlm umah anda ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngek.. artikel ni tuju ke someone der.. just one people.. klu nak terasa terasa laa..

      Padam

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^