Ahad, 23 Disember 2012

Trip to Dakwah bhgn 1

Assalamualaikum,, apa khabar korang kat sinun.. hari ni aku rasa nak cerita sedikit pengalaman aku masa pergi kursus dakwah.. aku tak tahu ape perasaan korang lepas baca ni,, tapi aku harap korang dapat feel apa yang aku rasa masa kursus..

Kursus ini berlangsung selama 5 hari, 4 malam.. Lepas aku habis je SPM terus kemas beg berangkat ke KL keesokkan hari.. excited giler..

kitorang naik bas dari Kuala Terengganu terus ke Gua Musang.. Kitorang naik tren.. waa~~

Tren bertolak pukul 10.30 malam.. sambil menunggu, kitorang pon lepak r makan berger.. aku ni dah kebulur.. seharian tak jumpa nasi.. terpaksalah aku makan je beger tu..

brother yang jual beger.. sempat lagi aku ambik gambar dia tengah goreng berger..

Ade jugak yang sibuk bergambar dengan landasan keretapi tanpa keretapi..


landasan keretapi tanpa keretapi..

So, begitu lah penantian yang terpaksa aku hadapi.. daripada pukul 9.30 malam sampai 10.30 malam.. satu jam jugak menunggu..

finally, setelah lama menunggu, akhirnya keretapi datang.. yay!!

suasana dalam keretapi.. wee~

perjalanan yang jauh memang memenatkan.. selepas beberapa jam aku di dalam keretapi, aku pun mula berfikir, bila nak sampai ni.. skill dah bosan lah tu.. kawan aku yang duduk kat sebelah asyik berborak je dengan orang belakang.. sakit telinga aku.. nak tido pon tak boleh,,

pukul 1 pagi aku terjaga sebab kawan tepi aku ni terlalu hyperaktif.. mak dia bagi dia makan apa sebenarnya? aneh betul lah..

aku pun ternampak lah orang jual makanan.. memikirkan aku belum jumpa nasi lagi hari itu, aku pun memutuskan untuk membeli nasi goreng.. sesudah makan aku pun tido balik.

tak lama selepas itum aku terjaga disebabkan kawan aku lagi.. aku rase nak bagitau dia, mung tau dok dah pukul 3 pagi? dan aku rase dia tak paham..

selepas beberapa jam tido-tido ayam, Subuh pun menjelma.. aku ambik air solat dan solat dalam keretapi.. first time aku solat dalam kenderaan.. pengalaman lah tu..

pukul 8.30 pagi lebih kurang, aku sampai ke KL.. bas sekolah aku belum sampai, so aku kena jalan-jalan sekitar tempat.. jadi aku dan geng aku sepakat untuk pergi makan di stesen keretapi..

aku tak jumpa pun tempat makan yang jual nasi.. pagi-pagi macam ni biasa aku lapar nasi.. tapi tak mengapalah, aku jumpa KFC. jadilah, buat santapan sementara..
KFC kat stesen keretapi


yum.. makan KFC pagi-pagi sedap jugak.. aku dengan geng aku ambik set sarapan pagi.. first time aku sarapan kat KFC.. hak3..

begitu lah pengalaman aku solat dalam kenderaan, dan sarapan makan KFC..

pendek je kisah aku ni.. ada pulak bahagian kedua. so, tunggu lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^