Khamis, 27 Disember 2012

Trip To Dakwah bhgn 2

Assalamualaikum.. welcome to kurik Itu Kundi.. kita berada dalam sambungan Trip To Dakwah bhgn 1..
So, aku nak sambung r kisah yang tergantung hari itu..

Selepas kenyang isi perut, maka kami pun berangkat ke Jenderam Hilir.. sampai lebih kurang pukul 12.30 tengah hari.. kita rest kat sebuah rumah ni yang aku rasa cukup istimewa.. bukan kerana masakannya, atau landskapnya.. rumah ini dihuni oleh sebuah keluarga muallaf berbangsa cina..

rumah ni biasanya digunakan kalau ada kursus-kursus macam yang aku hadiri ni.. rumah ni agak besar jika dihuni oleh sebuah keluarga yang terdiri 3 orang ahli..

kadang-kadang kita tengok zaman sekarang, orang muslim yang sejak lahirnya muslim kebanyakannya ibadat ala kadar je. Solat pun sebab mak ayah suruh lah.. kalau tak bersuruh, tak solat lah jawabnya..

aku belum pernah jumpa dengan muallaf.. jadi aku tak berapa nak tahu cara hidup diorang..

selepas beberapa lama aku berkenalan dengan mereka, aku dapat mengenali kisah hidup mereka.. kehidupan sebelum Islam, aku dapat hayati, betapa indahnya Islam sebagai agama aku..

Antaranya sebuah kisah yang aku ingin kongsi:

seorang wanita kaum cina.. dia bukanlah seorang muslim.. tetapi dalam dirinya percaya bahawa cuma ada satu je tuhan yang wujud kat dunia ni.. cuma dia tidak tahu siapakah tuhan yang satu itu..

suatu hari dia dipertemukan dengan seorang lelaki muslim.. lelaki itu memberi tahu bahawa Islam percaya pada satu tuhan iaitu Allah.. wanita itu terkejut,, dia tidak tahu selama ini bahawa Islam percaya pada satu tuhan..

apa yang dia tahu selama ini, lelaki Islam boleh kahwin empat, orang Islam kena puasa selama sebulan.. orang Islam kena solat,, tapi, dia tidak tahu bahawa hanya ada satu tuhan dalam jiwa orang muslim..

Alhamdulillah, dengan petunjuk Allah, wanita itu masuk Islam dengan rela hatinya.. dia juga bertemu jodoh dengan pemuda yang memperkenalkan Islam kepadanya..

apa yang aku lihat kat sini bahawa kebanyakan orang Islam yang lahir ke dunia sebagai muslim tidak menghargai kehidupan mereka.. sebab itu mungkin fenomena tak cukup solat lima waktu berlaku..

apabila kita bersusah payah untuk sesuatu, kita akan terasa manis setelah berjaya memperolehnya..

kalau dah lahir tu memang Islam, apa kepahitan yang kita rasa? memang tak de.. sebab tu kita ambil mudah je dalam Islam sama ada berkaitan Ibadat, muamalat, dan lain ..

so, akhir kata dari aku, renung-renunglah apa yang aku kongsi.. semoga semua mendapat manfaat..

sekian..
terima kasih kerana membaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^