Rabu, 23 Januari 2013

Trip to Dakwah bahagian 3

assalamualaikum.. hai,, hello,, konichiwa, ni hao ma.. sarang hae.. huh? sarang hae? alahai.. tersalah pulak derr.. tak perlah.. =.=''

hmm.. lambat pulak nak menulis entry pasal trip to Dakwah bahagian 3 ni.. aku malas sebenarnya nak taip.. tapi sekarang ni aku tengah bosan tahap gaban, so aku terpaksalah menaip.. nak tengok youtube internet slow macam saudara siput.. =.='' tertekan plek je hidup aku hari ni..

ok.. kite sambung balik cerita hari tu.. keesokan harinya kitaorang ada seminar... fasi tu cerita lah sedikit sebanak cara nak berdakwah kepada non-muslim..  kalu korang nak test pon bleh..

first sekali,, kalau ada orang yang tetiba berminat dengan Islam,, tapi diorang tak nak tukar agama.. belum dapat hidayah kot.. ceritakan dulu tentang akidah.. ceritakan tentang Allah, sifat-sifat Allah, nama-nama Allah.. yang penting korang cerita mengenai Akidah..

jangan sesekali menceritakan tentang Ibadah atau Fekah unless kalau diorang tanya.. Ia mungkin akan menakutkan non-muslim tu..

ye lah,, cuba korang bayangkan.. kite tak tahu pape tetiba je suh puasa, tak boleh makan dan minum selama sebulan.. kene bayar zakat la..

terangkan benda tu kemudian.. biar hati mereka tenang dan cinta mereka terhadap Allah itu kukuh.. mereka akan melakukan Ibadah dengan hati yang senang.. tak de rasa bimbang dalam hati ketika melakukan Ibadah..

haha.. tapi dalam kes aku, aku berdakwah di dalam masjid.. masjid ni menjadi tempat pelancongan untuk warga asing dan tempatan. basically, diorang datang nak tengok senibina masjid sahaja.. tak lebih pon dari tu.. tapi ade sesetengah nak tahu pasal Islam.. so inilah tugas aku untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang masjid itu.. di samping aku menceritakan tentang masjid, aku akan kaitkan dengan nabi-nabi terdahulu.. salasilah nabi Adam sehingga Nabi Muhammad SAW..

ade sesetengah pelancang agama Kristian so aku kena kaitkan dengan Nabi Isa atau dalam bible di kenali dengan nama Jesus..

mesti korang tertanya-tanya, boleh ke non-muslim masuk masjid.. jawapan nya, boleh.. sebab tak ada nas-nas yang sahih mengatakan non-muslim dilarang masuk masjid..

ada jugak satu kisah bahawa Nabi Muhammad SAW berdialog dengan non-muslim mengenai Islam dalam masjid.. ini membuktikan non-muslim dibenarkan masuk masjid..

sebagai pendakwah, aku kena bersedia dengan pelbagai soalan dari mereka, antaranya, kenapa wanita muslim memakai tudung..

jawapannya: bukan wanita muslim sahaja yang disyariatkan memakai tudung.. agama lain juga menyuruh wanita memakai tudung.. lihat gambar Mary dalam gereja. dia juga memakai tudung.. macam mana dengan agama Hindu? wanitanya juga menutup kepala semasa melakukan upacara keagamaan.. kesimpulannya, bukan Islam sahaja menyuruh wanita menutup aurat.. agama lain juga begitu.. namun begitu,, tujuan menutup aurat dalam Islam lebih syumul berbanding agama lain..

hehe.. itu sahaja lah setakat ini.. tunggu Trip to Dakwah bahagian 4..

sekian, Assalamualaikum
terima kasih kerana membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^