Ahad, 27 Januari 2013

I'm on duty Today... HooRay!!~~

assalamualaikum.. kerching $$.. hari ini 27/1/2013 bermula lah tugas tour guide aku untuk kali pertama.. wuhuu~~ seronok tak terhingga.. lebih seronok dari naik rollercoster.. :P bloob2..

kerja aku stat pukul 11.00 pagi kat masjid kristal.. tak lama lepas tuh, Datin Norhana pon sampai.. bwk baju sukarelawan pemandu pelancong masjid Terengganu.. comey siot.. ade lambang Jabatan Agama Islam Terengganu.. aku pon pakai dengan bangga~~

baju tu plak ada nama aku.. bertambah bangga aku.. bukan setakat baju je.. topi pon ade.

antara pelancong yang datang.. tp setakat ni mereka je pelancong asing yang datang masa aku bertugas..


mereka ni dari China.. yang pakai vest koko tu, sukarelawan pemandu pelancong.. mereka tu dah Islam dah masa melawat masjid Kristal.. sedikit sebanyak aku akui, lelaki tu agak hencem.. kui2..

uhum... kembali kepada tajuk.. 

selain jadi tour guide, kita juga ada kaunter semak bacaan Al-fatihah.. tapi, bukan aku yang handle bacaan Al-Fatihah ni.. dua orang kak kat belakang tu handle.. (yang pakai tudung putih, ngan tudung oren kat hujung sekali).

cerita nya bermula masa kak dua orang ni nak pergi makan.. dia suruh lah kitorang berlima jaga kaunter..aku pon berlari rebut ke kusi.. berjaya dapat kusi*

aku pon duduk lah, bahagia tengok orang lalu lalang.. ade label kat atas meja tu yang bertulis.. "jom semak bacaan Al-Fatihah. percuma".. tapi dia ade kat tepi.. orang tak nampak..

aku pon dengan tangan yang gatal, pergi letak label atas meja.. tempat sume orang boleh nampak..

ada sorang pakcik terbaca iklan murah aku.. maka terjadilah perbualan berikut..
pakcik: bleh semak Alfatihah ke kat sini?
aku: or.. bleh,, percuma je.. (alahai pakcik.. sy xkerja kt dalam bidang ni lah)
pakcik: oh.. pakcik nak cuba.. tapi nak mayang lu.. 
aku: oo.. bleh2.. pergi lah mayang lu..

pakcik pon blah.. aku dengan hati yang berdebar, menjeling kawan aku..

kawan aku: mung r ni, elok2 orang tak nampak mung gi letok label tu kat depan..
aku:  T_T (huk2.. tak pasal2 kene marah)

aku pon menanti pakcik tu dengan penuh kesabaran.. lepastu, datang seorang kak dari Sabah..

kak: ade ape kat sini?
kwn aku: ni nak semak bacaan Al-Fatihah.. 
aku: kak cuba r baca..
kak: nak cuba.. nak cuba..

kak tu pun baca Al-Fatihah.. bacaan Lancar, Sebutan kemas.. bagus lah.. kak tu nampak happy je dengan Bacaan dia.. dia pon blah..

lama lepas tu, pakcik tadi pon keluar nak baca..

aku: duduk lah pakcik..
pakcik: bleh baca ni? herm2 <--batuk2 dulu

pakcik tu pon stat bace.. bacaan berlagu lagi.. sebutan kemas.. bagus lah pakcik.. lepas aku komen2.. pakcik tu blah..

kwn aku: aku rasa pakcik tu ustaz la.. 
aku: no komen*

tak lama lepas tu ramai lah makcik2 berkerumun nak baca Al-Fatihah.. 

antara makcik yang mencuba bacaan Al-Fatihah

bagus lah.. bersemangat nak membetulkan bacaan.. kadang-kadang ade sesetengah manusia fikir,, elleh, fatihah je pon, aku dah hafal sejak kecik lagi..

benda ni nampak remeh je,, Al-Fatihah.. tapi kesan dia amat besar,,

contoh, Al-fatihah dalam solat.. ye akan bagi effect kat solat kita kalau salah baca.. kalau bacaan bukan kita tengok dari hukum tajwid je.. sebutan huruf pon kene perfect,,

bahasa Arab ni, kalau salah sebut maknanya lari.. 

contoh, orang melayu biasanya tertukar bunyi ain dengan alif.. 

عليم- mengetahui

kalau tertukar bunyi alif..

اليم- keras/dahsyat(biasanya merujuk kepada siksaan Allah)

kan beza maksudnya tu,,

so, aku harap korang tak pandang remeh soal ni.. setiap orang melakukan kesilapan, jangan malu nak betulkan kesilapan,, kalau malu koho melarat,, hehe..

sekian terima kasih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^