Isnin, 23 Januari 2012

budak-budak sekolah aku

Assalamualaikum and very good evening to teachers and ugly fellow friends.. uiks? ape ni? alahai, sori lah. aku tetiba tercampur tulis blog dengan karangan BI aku.. hak3.. sori lah semua.. ok, today aku rasa macam nak kongsi perilaku species manusia kat sekolah aku.. seperti yang korang semua tahu korang tahu ke? aku sekolah menengah Agama.. tp kalau korang semua nak tahu, perangai budak-budak kat sekolah aku xmacam budak sekolah agama pun.. serius aku cakap. kadang-kadang aku agak menyampah jugak lah dengan perangai diorang ni.. kat sekolah aku ada beberapa kategori pelajar:

1. ulat buku.
seriusly, ulat buku memang aku xde masalah dengan diorang. tapi ada sesetengah ulat buku yang mengorat membodek cikgu..ok, aku rasa normal lah orang membodek cikgu.. tapi ulat buku macam ni ada yang tergedik-gedik depan cikgu.. hello? orang lain pun membodek cikgu jugak, tapi tolong lah jangan tergedik-gedik macam ulat kena panggang.. bagus sangat lah, nama pun ulat buku.. panggang sekali dengan buku tuh..

2. cik joyah.
species macam ni agak pelik sikit..banyak sungguh mulut. habis benda nak cerita kat orang.. kadang-kadang boleh announce pulak dalam kelas.. nak buang air kecil je.. xperlu lah announce kan?

3. sleeping beuty.
yang ni species apa pun aku xtahu.. nak kata pandai menjahit tak juga. tapi time cikgu mengajar boleh pulak dia tidur. aku rasa species ni mesti kena sumpah masa kecik sebab ayah dia xajak bomoh tu masa kenduri akikah..

4. minah jiwang
minah-minah macam ni biasanya wujud kat kelas belakang-belakang. biasanya orang macam ni semua berkapel. kadang-kadang diorang pun tulis dekat fb 'cye cyunk aok, aok cyunk cye x?' dan disebabkan luahan hatinya menyebabkan aku rasa menyampah sangat sangat sangat sangat..  dah la ejaan tah pape tah,, xboleh ke eja elok-elok? saya sayg awk, awk syg sy x? kan senang. mata aku pun xberdarah bila baca status diorang ni.

5.gengster/anti-pengawas
kalau minah jiwang biasanya wujud kat kelas belakang, gengster ni memang wajib duduk kelas belakang. tp, tak semua yang duduk kelas belakang gengster.. kalau ada yang baik pun cuma 1/10 jer.. seperti biasa lah, kalau dah gengster tu sememangnya anti-pengawas. banyak jugakla diorang langgar peraturan. peraturan suruh pakai stokin panjang pakai stokin pendek.. peraturan suruh pakai tudung labuh, dia pakai tudung pendek.. cap ayam betul lah orang macam ni. kalau cikgu dah buat peraturan tu kena lah ikut.. peraturan untuk mendisiplinkan, bukan untuk membebankan.. lagipun peraturan yang dibuat untuk menutup aurat perempuan.. kalau dah pakai stokin pendek tu, panjat tangga sah-sahlah kain terselak.. abis nampak segala kulat-kulat yang tumbuh kat kaki.. buat malu je..


so, aku rasa setakat itu ajalah species manusia yang wujud dalam sekolah aku.. tapi aku rasa ianya lebih baik dari sekolah harian biasa.. hehe.. Wallahu a'lam..

sekian Assalamualaikum
terima kasih kerana membaca.



2 ulasan:

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^