Sabtu, 21 Januari 2012

kawan yang cemburu


Assalamualaikum..
apa khabar semua.. kembali semula dalam kurik itu kundi.. seperti yang dilihat pada tajuk diatas, mesti korang x heran kalau ada kawan yang cemburu kan? bagi korang maybe normal. tp bagi ak ia agak menakutkan.. alkisahnya bermula semasa aku form 4.. aku xrapat pun dengan kawan aku ni.. tp masa pertengahan tahun tu dia duduk sekelas dengan aku.. 

aku pun xingat macam mana kitorang boleh jadi rapat bagai isi dengan kuku.. aku rasa sebab aku banyak kongsi cerita dengan dia kot.. xpon sebab kitorang bekerja dalam satu jawatan tertinggi kat sekolah.. entahlah.. aku dah lupa.. 

kawan aku nih memang panas baran sikit lah.. bagi orang yang sporting ye ke? macam aku ni tahan lah dengan perangai dia tuh.. tapi kadang-kadang bila aku xtahan sangat, aku jerkah je dia.. padan muka... sebenarnya bukan aku sorang jer yang xtahan dengan perangai dia tu.. ramai lagi.. cuma aku sorang jer yang berani berterus terang dengan dia.. yerla.. buat apa cakap belakang kalau boleh cakap depan.. lagipon kalau cakap belakang dia xakan tahu kesalahan dia dan akan berterusan buat salah..

ok, terus kepada sifat cemburu.. korang mesti fikir dia cemburu sebab aku ada bf dia xde kan? hak3.. salah lah.. aku mana ada bf.. dan exactly dia pon xde bf.. dia cemburu sebab aku xtegur dia selama 4 jam... =.='' you see?? pelik x? aku ni bukan nya xnak tegur dia.. aku xde masa nak berbual benda remeh temeh.. yerla.. pagi-pagi aku kena pergi bertugas jaga blok.. paling lewat aku masuk kelas pun pukul 8.. bila masuk kelas cikgu dah tercegat dalam kelas... xkan lah aku kena pergi tegur dia dulu.. respect sikit cikgu kat depan tuh.

then, bila dah abis masa pertama, cikgu masa kedua dah menunggu kat luar kelas.. mengajar, mengajar, mengajar, abis masa kedua.. masa ketiga pergi makmal.. bila pergi makmal kena lah cepat.. kalau awal dari cikgu boleh buat nota-nota sikit.. so, aku xde masa nak berbual dengan dia.. xkan lah itu pon nak merajuk..

kedua, bila time cikgu xde.. aku pun xleh nak cakap dengan dia.. aku ada banyak urusan nak diselesaikan.. maybe aku sempat nak cakap dengan seorang dua kawan aku.. itupun sebab aku bertemu masa on the way nak pergi mana-mana...xkanlah macam tu pun dia nak marah,, (dia marah sebab aku tegur orang lain tapi xtegur dia) =.=''

ketiga, bila aku sudah kenyang selepas pergi kantin waktu rehat,, maka aku dengan senang hatinya naik kelas.. bila sampai kat kelas aku tengok dia sedang rancak berbual dengan kawan aku yang satu lagi..
so, aku malaslah nak kacau diorang... ok,, aku xbergaduh pon dengan kawan aku yang satu lagi tu.. aku cuma malas nak mengganggu.. lagipun aku tengok kawan aku yang cemburu ni asyik jeling-jeling je.. lagilah bertambah malas aku nak dekat ngan diorang..

sebenarnya banyak lagi yang buat dia cemburu.. tp xperlu lah aku citer kat sini.. kadang-kadang aku terfikir, kenapa dia nak cemburu atas perkara yang remeh macam ni?tolonglah.. bukan aku sorang je orang yang wujud dalam dunia ni.. aku ada hak nak tegur semua orang,, dia boleh berbual dengan orang lain kalau aku xde... =.=''

korang macam mana? ada pengalaman kawan macam ni?

sekian Assalamualaikum...

2 ulasan:

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^