Rabu, 4 Januari 2012

first time on blogging

hadow.. canggih giler tajuk.. first time on blogging.. okey.. mari kita buat sesi perkenalan..
aku tak tau kenapa aku bagi nama blog aku kurik itu kundi. ak tengah kekeringan idea masa cari nama untuk blog aku.. tetiba teringat pantun kurik itu kundi. korang tau tak pantun apa tu? tak tau? haduh... meh ak bagi pantun tu..

yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi, 
yang indah itu bahasa.

haa, dapat tak? lepas ni kalau cikgu mintak pantun boleh lah korang bagi pantun ni.. hak3.. (pantun zaman aku darjah 1)
 maybe jugak kerana aku mementingkan budi bahasa.. kan ada kempen "budi bahasa budaya kita" promote3

benar itu kawan-kawan.. budi bahasa itu penting dalam kehidupan kita.. kalau akademik mantap budi bahasa tahap cipan tak jadi jugak kan? kiranya macam pakej la kan.. kan bagus macam tu.. 

ada banyak lagi lah kot faktor-faktor kenapa aku memilih nama kurik itu kundi.. cuma aku belum terfikir lagi lah.. maybe korang boleh tolong aku mencari erti kehidupan faktor pemilihan nama blog aku ni..
 okey lah.. aku nak pergi  dahulu.. kalau ada apa-apa, call aje ak di talian tertera:
013-XXXXXXX
 err... sorry lah, keypad untuk nombor dah tercabut.. tak boleh nak tulis nombor..
sekian.. assalamualaikum.. 
terima kasih kerana membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^