Selasa, 24 Januari 2012

mimpi ngeri nadwah kepimpinan

Assalamualaikum,
tadi aku ada lah usha-usha blog orang. tengah syok-syok usha, teringatlah pengalaman aku masa kat nadwah kepimpinan pengawas kat besut..  peserta dia ada lah lebih kurang 140 orang. ada 10 buah sekolah setiap sekolah ada 14 pelajar..  korang tahu x nadwah tu apa? =.='' aku pun xtau diorang tulis apa dalam kamus dewan, tapi maksud nadwah versi aku ialah kem lebih kurang r.. semua sekolah yang terlibat ialah sekolah agama.. so, kebanyakannya alimlah... yang boleh nampak makhluk pun ada. hak2..

nadwah ni diadakan di sekolah baru lah.. baru pindah 10 bulan yang lepas. tau2 jerlah, kalau sekolah baru ada lah makhluknya.. so, kat sini lah punca berlakunya perkara ini. okey.. masa kat nadwah tu, sekolah kitorang ni agak bising lah..kalau nak dibandingkan dengan orang lain. tau2 jerlah, kalau dah bising tu sah-sahlah makhluk tu xsuka.. semua pun tak suka,, =.='

ada lah satu malam tu, kawan aku, minah(bukan nama sebenar), terjaga dalam pukul 4 pagi.. kemudian terdengarlah suara orang memberi salam. orang tu bagi salam pun bukan Assalamualaikum, dia cakap salam jer..salamnya bukan sekali, banyak kali.. macam ni, salam, salam, salam,salam,  suara tu pun bukan suara perempuan, suara lelaki.. kalau korang masih waraslah, xlogik kalau orang bagi salam sebut salam jer..

so, minah ni pun berada dalam ketakutanlah.. berbekalkan senaskah Yaasin yang wujud kat tepi dia tuh, maka dia pun mengambilnya untuk dibaca, suara memberi salam tu masih berbunyi, tapi dalam nada yang marahlah.. tah pape tah, tetiba je marah.. =.=''  lebih kurang dalam setengah jam jugak lah suara tu bagi salam.. lepas tu dia senyap..

si minah ni pun rasa lega lah bila suara tu dah stop bagi salam.. agaknya lenguh bagi salam tapi xde orang jawab dan bukak pintu. lagipun aku rasa bilik tu dah kena pagar dah dengan penghuluwati yang sebilik.. so dia xleh masuk..

ingatkan bila dah stop bagi salam tu maknanya xde dah, rupanya suara tu sambung pulak bagi salam.. so, minah ni kembali lah dengan rasa takutnya.. tiba-tiba..

penghuluwati pun sedar dari tidur, so, suara tu hilang begitu sahaja.. tiada tanda-tanda ia pernah datang.. bila minah bertanya kawan sebilik, mereka kata xde dengar apa2 pun.. mungkin ianya hanya menguji kekuatan iman minah sahaja..walaubagaimanapun ianya masih lagi satu misteri.. wallahu a'lam..

sekian, Assalamualaikum,
terima kasih kerana membaca. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^