Selasa, 19 Mac 2013

Contact Lense~~ ^__^

Assalamualaikum~  haha,, tajuk kita hari ini ialah kanta lekap.. dalam english dipanggil contact lense.. lol..
aku pun tak tahu,, tetiba je hari ini teringat cerita pasal kanta lekap ni.. so, aku nak kongsi cerita pasal kanta lekap.

secara umumnya, aku mengaku pernah pakai kanta lekap ni.. yer la, sebagai seorang manusia yang memakai glasses, aku teringin nak cuba seharian tanpa glasses.. so aku beli kanta lekap dengan harga RM25.. pakej lah ni,, sekali dengan air dan bekas lense..

hoho,, tentunya aku beli di kedai spek yang berdaftar.. aku sayang mata aku.. beli yang murah takut jugak jadi pape kat mata aku.. aku ni muda lagi nak jadi cacat penglihatan.. =.=''

kanta lekap ni dah jadi trend kat sekolah aku masa tingkatan 5.. ramai kawan-kawan yang beli lense berwarna.

aku pakai lense jernih.. pure, nampak warna mata aku sebenar.. bukan fake,, lol.. kalau orang kata mata aku cantik terima kasih lah ye.. sebab semua tu ciptaan Allah.. Allah ciptakan semuanya cantik..

ada kawan aku yang tanya, kenapa tak pakai lense berwarna.. aku cuma mampu tersenyum.. tak reti nak jelaskan macam mana kat diorang..

tapi, antara sebab aku tak nak pakai lense warna:

1. warna mata aku lebih cantik dari warna lense..
lol,, memang mata asli lebih cantik.. dan aku sangat sukakannya.. warna lense mengarut,, mencacatkan pandangan orang sekeliling je..

2. bahaya pakai lense berwarna.
yang ni aku tak pasti, tapi aku ada terdengar ura-ura yang kata lense berwarna bahaya.. so, aku tak nak ambik risiko menjadi buta.

3. mengubah ciptaan Allah.
masa tingkatan 4 aku ada belajar pasal mengubah ciptaan Allah. so, aku taknak menambahkan lagi kemurkaan Allah terhadap diriku.. lol..

4. menarik perhatian orang.
secara jujurnya, aku tak suka tarik perhatian orang dengan mata bersinar-sinar dengan warna pelik-pelik.. semua orang tengok aku macam pelik je kalau aku pakai lense berwarna. =.=''

anyways, tentang sebab ketiga tu, baru-baru ni aku terbaca tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus tentang lense berwarna..

katanya, kalu lense tu warnanya tidak terang, atau hampir sama dengan warna mata asli, dibenarkan pakai. sebab ia tidak menarik perhatian orang ramai. kita perlu tengok dengan teliti baru perasan lense yang dipakai adalah lense berwarna.

lol,, walau apapun, aku masih tak rela pakai lense berwarna.. haha..

biasanya, aku pakai lense dekat sekolah je.. sebab kat sekolah ada kawan yang akan tolong pakaikan. lol..
aku mengaku, aku tak pandai pakai lense ni.. selama sebulan aku dengan lense ni, aku masih tak pandai pakai lense.. haha..

kawan aku lah yang pakai kan.. dia lah yang cabutkan.. semua dia buat,,

aku ni bukan apa, aku rasa macam sedang mencucuk mata sendiri je kalau aku pakai sendiri.. kalau orang buatkan, aku tak nampak apa dia tengah buat.. entah2 dia tengah tonyoh mata aku..

by the way,, kalu ada pembaca yang nak pakai lense tu,, hati-hati semasa memakai lense.. jangan tidur semasa pakai lense.. dikhuatiri lense beralih ke belakang mata..

kalau dah jadi macam tu,, kene operate lah mata tu..

haha,, sekadar renungan..

sekian,,
terima kasih kerana membaca


2 ulasan:

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^