Jumaat, 29 Mac 2013

Luah Perasaan ke Jaja Cerita?

Assalamualaikum.. ^_^ sepeti yang kita tahu.. fb kini sudah menjadi tempat orang meluahkan perasaan.. yeay!! tahniah fb kerana menjadi pendengar setia.. segala masalah orang boleh di 'upload' ke fb.. =.='

okay, seriusly, aku tak kesah pon kalau korang nak update status nak luah perasaan, sedih, hampa, putus cinta, putus tunang, marah.. nak bunuh diri.. aku tak kisah.. aku sedia membaca..

err,, bahagian bunuh diri tu, aku terpaksa amik tindakan sewajarnya.. bunuh diri berdosa ye.. jangan tiru aksi ini..

anyways, hari ni aku bukan nak cakap pasal bunuh diri.. lain kali lah kalau nak cakap pasal bunuh diri ni.. hari ni aku nak cakap pasal menjaja cerita..

seperti yang korang tahu, ada kawan aku baru putus cinta.. aku ada update pasal cerita tu.. kalau belum baca, klik disini..

seperti yang aku dapat tahu, mamat ni dah separuh gila... aku berkawan dengan orang gila? :O

kalau dia percayakan jodoh Allah tak de la dia jadi gila macam ni.. =.=''

okay, seriusly, aku dah lari tajuk..

kisahnya bermula begini.. si mamat ni selalu update status pasal makwe dia.. mula-mula aku tak kisah.. sebab aku pon nak tahu kisah dia.. setiap jam dia update status..

setiap masa jugak laa aku baca status dia tu.. cerita la, betapa dia menyesal buat macam ni kat makwe dia.. a*** sayang s****, gini2 gtu2.. =.=''

lama-lama aku bca status dia naik meluat pulak.. mamat ni seolah-olah nak jaja cerita.. dia bangga ke nak cerita dia putus cinta?

kalau aku putus cinta, malu nak cerita kat orang.. kalau aku cerita pon, cerita kat kawan aku yang paling rapat je.. tu pun aku cerita kat chat box.. xde sampai update2 status bagai..

bila dia buat status macam tu, ramai orang like, tapi tak de orang komen.. kemudian dia mara ke rancangan seterusnya..

setiap kali geng aku update status, status la pasal ape pon, pasal biasiswa ke.. gosip terbaru ke.. mesti dia komen.. nak suruh orang layan lah tu.. nak suruh orang tanya, masalah nape? bla3..

plizz,, siyes aku menyampah..

tak cukup dengan tu, dia hantar chat kat aku.. cerita masalah dia.. ==''

kalau la aku ni mulut celupar, mesti aku cakap..

''dah tu kan salah mung.. memang padan la makwe mung tnggalkan mung''

tapi mujur aku masih mempunyai pertimbangan akal, so aku senyum je.. =.=''

ekceli, aku tahu kenapa dia buat semua tu.. dia nak suruh aku dan kawan-kawan makwe dia tu, supaya pujuk makwe dia..

so, aku sebagai kawan kepada makwe dia, sedikitpun tidak akan menurut kehendak tersirat mamat ni.. aku sebagai wanita dan kawan baik kepada minah ni mesti lah nak yang terbaik buat kawan aku..

aku takkan pujuk makwe dia, kalau dia nak kembali, itu adalah kehendak dia.. bukan sebab aku pujuk..

kalau aku bagi nasihat kat makwe dia tu,, aku cakap:

''xyah pilih r mamat tu.. kalau aku takkan terima lelaki yang mnyakitkan ati aku lebih dari 3 kali''

huh,, padan la muka.. sape suruh cari pasal sangat dengan kaum hawa ni.. =.= poyo la ko ni

aku rasa entri ni dah lari tajuk laa.. bia laa.. aku memang nak luah perasaan pon.. =.=''

pesanan aku.. kalau ye pon nak luah perasaan, jangan la setiap masa update status.. kan lebih baik ko cerita kat chatbox ke.. xde la nampak sangat korang nak menjaja cerita..

and, btw.. Allah is the best listener.. just go and tell Him your story.. He will make your heart fell calm..
 I LOVE ALLAH

sekian 
terima kasih kerana membaca ^_^



Khamis, 28 Mac 2013

Wanita free hair tak layak di Approve?

Assalamualaikum.. hai,, hello there.. =.='' abaikan.. okay,, berkenaan tajuk aku ni.. tadi aku terbaca status seseorang lelaki di pesbuk.. pesbuk lagi.. =.='' 

so, tujuan aku menulis entri ni sebab aku nak komen ape dia cakap tu.. aku boleh je nak pergi komen dekat status dia, tapi aku takut panjang plak komen aku.. so, aku update entri supaya aku boleh kongsi dengan semua orang, mengenai pendapat aku.. =.=''

''shuhhh ! jangan add aku awek yang freehair.. NYAH KAU DARI ADD AKU !
tak suke tak suke .''

lebih kurang macam ni la ayatnya,, ehh,, mmg ni aku copy paste ayat dia.. so, memang ayat dia.

ok, look here carefully Mr. hensem boy.. sebagai seorang muslim, pernah kah anda terfikir, bahawasanya, itulah saat sesuai untuk membimbing perempuan yang free hair tu balik ke landasan  Islam?

mungkin perempuan itu tidak tahu sama sekali mengenai suruhan menutup aurat.. kenapa perlu di boikot perempuan seperti ini?

aku tak paham dengan ko ni.. adakah dengan tidak mempedulikan perempuan seperti ini menjadikan ko suci? menjadikan ko seorang yang sempurna? tak sama sekali.. 

malah, sikap seperti inilah yang menjadikan keadaan semakin buruk.. sikap seperti inilah yang menjadikan ramai perempuan tidak menutup aurat dengan sempurna..

apa kau rasa diri kau begitu suci dari dosa sehingga tidak mahu mendekati wanita seperti ini.. sekiranya begitu.. engkau salah sama sekali..

apa kau takut sekiranya engkau mendekati perempuan seperti ini, dosanya akan terpalit padamu?

dosa si pembuat dosa tak akan terpalit sedikit pon kepada engkau.. malah, sekiranya engkau berjaya membimbingnya.. pahala menantimu..

apakah engkau tidak mahu membuat pahala sebagai bekal di akhirat mu? 

akhir kata dari saya,, berhenti boikot perempuan free hair.. bimbinglah dia supaya kita dapat bersama-sama mengumpul pahala buat bekalan akhirat.. amin.. 

''sampaikan dariku walau sepotong ayat''

sekian
terima kasih kerana membaca

Rabu, 27 Mac 2013

Disebalik Cermin Pantulan Imej~

Assalamualaikum.. entri kali ini memaparkan sebuah lagi kisah seram.. memaparkan? lantak laa,, aku peduli apa.. asal korang paham sudah..

aku tak pasti sama ada korang merasa seram dengan kisah ini, tapi bagi aku, disebabkan kisah ini, aku takut nak keluar masuk bilik.. sebab apa? depan bilik aku terletaknya sebuah cermin yang besar.. so, aku takut terpandang imej pantulan aku.. lol..

sebenarnya cerita ni aku baru dengar semalam, masa reunion dengan kawan.. reunion la sangat.. =.='' 
tak laa,, sebenarnya ada taklimat hala tuju selepas SPM.. kot.. tu yang rajin sangat aku pergi sekolah semalam.. kalau tak, malas jugak..

lepas abis taklimat, kitorang bertiga, melepak kat sekolah sambil tengok movie.. citer seram kot.. sampai kawan aku sorang tu tutup mata, takut sangat la tu kot..

lepas tu, tak tahu macam mana boleh terkeluar cerita pasal cermin ni.. hilang konsentrasi aku nak tengok movie.. haha..

kisahnya macam ni.. ehem2.. <------- batuk2 dulu..

pernah tak korang masuk dalam rumah yang penuh dengan cermin..? apa yang korang rasa? seram kan? yang tak rasa seram tu buat-buat seram dah laa.. aku pon rasa seram jugak sebenarnya..

berdasarkan cerita seram yang aku suka tengok, kalau nak nampak bayang hantu je mesti dalam cermin.. so agak takut nak tengok cermin kalau sorang-sorang.. takut ternampak apa2.. haha..

pernah tak korang dengar orang tua dulu pesan, jangan menyikat rambut waktu malam di depan cermin? aku pernah dengar, mula-mula aku tak buat, tapi lama-lama aku jadi tak percaya benda macam tu.. bukan apa, mereka langsung tak memberi sebab larangan tu..  semalam baru aku tahu rahsia cermin..

rupanya, disebalik cermin tu terdapat cicak sesuatu yang aku tak pasti nak panggil apa.. menurut kawan aku yang menceritakan kisah ini, nama dan alamat dirahsiakan, benda yang aku tak pasti nak panggil apa tu 'berkenan' dengan perempuan yang selalu melihat wajahnya di cermin..

katanya lagi, kalau nak tahu bukti kita ada benda tu, bulat kan mata depan cermin, kita akan perasan yang imej itu akan bulat kan mata balik.. cuma cara dia bulatkan mata lebih menakotkan..

pastu, kalau korang senyum, senyuman imej yang terbentuk akan lebih menakutkan.. menakutkan laa,, takkan indah kot.. =.=''

lagi satu, kalau korang tengok kat mata, mata imej lebih tajam di hujung.. macam dalam anime tu.. mata tajam.. =.=''

kawan aku pernah menghadapi perkara ini, katanya..

''aku penoh sekali, ak senyum kat cermin.. pastu senyuman aku terlebih 1 saat..''

terlebih 1 saat? kelaass kau.. =.=''

katanya lagi, imej yang kita lihat itu adalah makhluk yang sering mengikuti kita.. huhu.. ada pengikut rupanya.. seram~~

anyways.. walau apapun, jangan takut dengan makhluk macam ni.. semua adalah ciptaan Allah.. lol.. ak sendiri pon takut, nak nasihat kat orang.. haha,, nasihat untuk diriku jua..

then, jangan tenung cermin lama-lama.. kang ada yang 'berkenan'..  haha.. T_T huu~~ sangat menakutkan..

sekian
terima kasih kerana membaca ^_^


Isnin, 25 Mac 2013

Alahai~ kawan aku putus cinta~


Assalamualaikum.. haha,, hari ni aku nak cerita sedikit tentang kawan aku.. aku tak tahu apa isu diorang..
ekceli, aku tak tahu pon diorang bergaduh.. haiyoo..

semalam, tengah sedap2 aku chat ngan blue-bear, tetiba dia hantar chat kat fb.. aku terkejut laa,, selama ni tak pernah pulak hantar chat kat aku.. semalam plak dia hantar chat.. jom ikuti chat antara aku dengan dia..

oh, btw.. dia ni lelaki ye.. makwe dia kawan baik aku, so, aku tak pasti apa hubungan aku ngan mamat ni.. =.=''

dia: e-froggy weyh..
ak cntekn pia sgt2..
anye ye je yg ad lm aty ak..
smnjk stahun lbih ni,ak xpnoh knang kt pmpuan len..
ak syg ye e-froggy weh!
syg sgt2!
ak akn wk ye bhagie.. epy.. snyum smpai tlinge stiap ary..
ameen..

aku: (agak terkejut dengan sergahan secara tiba2)
amin..
ak pon harap mg sama ngn ye..
tp tu la,
ak nak tye mg se perkara,
mg percaya tak dengan Jodoh?


dia: npe?
ak ykin..
sbb mse ak brjauhan ngn ye.. ye lri drpd ak..
ak nngis opmo..
cube bwg ye dr aty ak pn xleh
mmg xleh.

dan di saat ini aku dapat merasakan adakah mamat ni tak paham bahasa atau aku cakap tak jelas..
then, aku terus mengeluarkan ayat yang biasa aku guna kalau ada orang putus cinta..

listen.. ak bkn nk doa buruk ke mg.
tp ak harap mg phm dgn ketentuan Allah..
jgn sangka buruk dgn Allah..
Allah thu yg terbaik untuk hambanya..
seandainya berlaku apa2 antara mg ngan piya.. redha je..
sebab Allah tahu apa yg mg xthu,,
jgn sesekali putus harapan dengan Allah..
cyes, ak xde niat nak doa pape yng buruk antara mg ngn piya.. tp ak harap ngat mg sabo dn tabah..
seandainya terputus, lpskan dia,, kalu mg berat lepaskan dia, mg lg terseksa, selamanya..

mamat itu langsung membalas,, biasanya kalau aku keluarkan kata2 ni, orang tu akan rasa okey,, lain pulak mamat ni..
ye2..
sufia xleh lpskn ak gop..
ye kte even ye suke kt lki len,ye ttp syg n cntekn ak..
ye skang ni,trjerat..
ye anye mkir gni la..
antre ak ngn lki 2..spe leh brtahan..
spe yg mngaloh lu ble blajo 3,4 thun ekg..
ak ykin yg ak akn ttp ngn pia..
ameen..
ak stie btol2 ngn pia..

sampai kat sini, mood aku dari ^_^ bertukar jadi T_T, ini kerana aku takot je beno.. kang salah cakap ke pape.. xke naya,,

walau bagaimana pon aku masih memberi kata positif... ada lagi dia chat ngan aku, tapi aku malas nak copy, aku tau korang pon malas nak baca..

bila sampai je kat satu chat dia, ak dapat rasakan dia cuma nak luahkan perasaan, bukan nak dengar nasihat aku.. =.=''

kalau boleh aku nak cakap macam ni..

mg ni dah kritikal, pyoh ngat kawen je la ngan piya or.. =.='' asyik tulis kat fb je.. kawen nak tangguh..

tp aku bayangkan aku tak de insuran nyawa dan khairat kematian, aku batalkan aja niat aku tu,,

so aku layan je la luahan perasaan mamat ni.. sambil aku melayan, aku berharap sangat mamat ni gi off dan tido secepat mungkin.. =.=''

selepas beberapa jam, baru dia off,, aku tak dapat gambarkan betapa bahagianya aku waktu tu..

aku benonye dok kisoh kalu orang nak luahkan perasaan kat aku,, aku sedia mendengar,, tp aku tak tahan kalau dah siap luah, aku bagi nasihat, tak mo dengar.. pastu disambung luahan hati dia.. aku pon cuma mampu senyum.. ^_^

tak mampu buat pape dah.. =.=''

so, sampai sini jer lah coretan aku.. aku tahu korang pon tak berminat nak tahu,, hahah.. bia r,, aku saja nak share..


sekian
terima kasih kerana membaca

Ahad, 24 Mac 2013

Trip To Dakwah bhgn 4~

Assalamualaikum.. lol, tajuk aku hari ni sambungan trip to dakwah bahagian 3.. basi dah tajuk ni.. aku malas nak menaip beno, tu jadi gitu.. =.=''

okeyh, aku sambung cerita aku beberapa bulan yang lalu.. =.=''

8 Disember 2012

jemaah dakwah membuat praktikal di Masjid Putrajaya.. ^_^
mulanya agak takut sebab aku kene speaking ni.. aku ingat lagi first time aku speaking.. berbelit-belit lidah aku nak cakap,, sabo jerlaa~

tapi setakat ni, aku belum buat praktical lagi., aku ingat dah boleh setat cakap, tp belom rupenye.. =.=''

ak masih mendengar taklimat, kemudian fasilitator menunjukkan cara bercakap..

beliau berbual dengan seorg pelancong dari korea!! ^_^

cume sorg je pelancong korea tu yang pandai speaking, yang len buat2 paham je.. lol..

masjid Putra ^_^
antara sukarelawan yang terlibat.. ^_^ bersama pelancong korea dan thai 


kitorang duduk kat Masjid tu sampai Zohor.. lepas tu~ shopping!!!

alaahaii,, aku tak de plak gmbo pergi shopping.. maap ye.. ^_^
aku tak ingat beno pergi shopping mana.. haha..

kemudian, setelah berpenat lelah, sampai berpeluh, nipu ngat ar,,  abang dreba yang sporting, dengan persetujuan guruku, membawa kitorang lepak I-City,, wee~~

I-City wee~~

so, sampai situ jerla,, kisah aku kali ni.. aku dah ketandusan idea dah ni,, =.=''

sekian 
terima kasih kerana membaca ^_^

malu parent hadir ke sekolah? aku malu kawan dengan ko~~

Assalamualaikum.. tajuk hari ni sedih sikit, aku pon tak tahu sedih ikot mana.. kalau tak sedih tak pe, aku rasa sedih..

dewasa kini, masa zaman aku sekolah dulu, ada ayah kawan aku, pagi2 dia mari sekolah, tapi tak selalu la, kadang-kadang, kalau anak dia tak sempat makan pagi.. hantar kuih.. nyum3.. ^_^ aku pon menyibuk laa. takkan la dia nak makan sorang2.. hahaha(ketawa jahat)

tapi dia tak malu pon ayah dia mari hantar makanan.. tu yang membuatkan aku respect dia..
tabikkk!! >.<

kadang-kadang ada budak yang rasa malu bila parent datang sekolah.. sedih plak aku rasa., mungkin dia malu dengan cara pakaian parentnye,,

sepanjang aku hidup ni, aku harap jugak kalau parent aku datang bawak makanan sampai kat kelas.. haha, walaupun makanan dah dijual, tapi apa salahnya?

ini menunjukkan betapa parents sayang kat kita, btol x? so bangga la sikit kalau parents sanggup datang sekolah semata-mata untuk kita.. aku bangga mak aku datang sekolah..

bagi aku, kalau ko malu dengan parent ko, aku malu nak kawan dengan ko.. jangan tego aku, sebab aku malu kalau orang nampak aku cakap dgn ko..

apa perasaan korang kalau ada anak, dan anak malu bawak korang jumpa dengan kawan sekolah? sedih beb.. so, jgn ada perasaan malu nak bawak parent pergi sekolah..

''tak kan nak lepak dengan kawan pon kene bawak parents?''

lol, aku nak bagi tahu xreti.. aku tengah cakap pasal aktiviti kat sekolah laa.. bukan aktiviti lepak dengan kawan.. dah lepak dengan kawan tak pe la tak bawak parents, diorang pon tak nak ikot sebenarnya,, =.=''

banyak lagi aktiviti diorang nak buat daripada ikot korang lepak ngan kawan2.. pergi pasar, masak, kemas rumah, bla3.. tak tertulis aku kalau nak senarai..

so, pesan aku, xyah nak malu sangat la kalau parents munculkan atau kiss2 korang depan kawan2, or cikgu.. sedangkan mak kita terpaksa tahan malu depan doktor masa nak sambut korang lahir, lebih2 lagi doktor laki.. kena tengok kat bawah tu, nak sambut korang.. malu der,, jangan ingat kitorang xmalu orang tgk..

bangga lah sesiapa yang ada parents, sedangkan ramai orang lain yang yatim piatu..

sayangilah parents kita sebelom mereka menutup mata selamanya..

hargailah pengorbanan mereka sepanjang kita hidup..

sekian,
terima kasih kerana membaca ^_^

~loghat~ ^_^

Assalamualaikum.. hari ni aku nak cerita pasal loghat.. loghat, apa yang korang paham pasal loghat? lol.. aku pon tahu,, xsempat nak kaji dalam2.. =.=''

tapi ada sesetengah negeri yang aku tahu loghatnya..

negeri sembilan:
apo kono eh jang?
(kenapa dgn kau haa?)

kelantan:

toksey kawe nge mung.
(tak nak kawan dengan ko)

terengganu:

guana gamok lening?
(apa cerita sekarang?)

kedah:

hang tunggu sat noh?
(ko tnggu jap ea?)

tu jer la yang aku tau, yang lain aku tak tahu.. =.=''

tapi sekarang aku bukan nak membandingkan loghat sape paling hebat.. aku malas nak banding2 ni..tp hari ni aku sekadar nak protes je tentang pemikiran sesetengah orang..

aku mintak maap kalu ade yang terasa, sebab aku dah tahan pendam bende ni.. aku nak luah jugak gane2 pon,,

so hari ni, aku nk ckp psl loghat, ak nak gne loghat ganu, pye dok paham google okey?

ginim, baru nim aku ad bce status se page nim, ak pom dok ingat ane nape ye kabo. ak wi sinopsis jelah..

ye kabo ginim, orang ganung gi KL, mri ganung cakap KL lalu, hebak mg, mg jgn wak bajet gtu r ckp luo ble balik kappung..bla3,, ak dok ingat orh..

dulu aku penoh gop, ade sorg semek kat koloh aku, ye wahi cakap luo, so ramai org nyapoh nge ye,, katenye, org ganung ckp r ganung, bakpe nak cakak KL nye.. =.=''

dear orang ganung..
ambe sebagai orang luo, merasa betapa plek nya pemikiran mg.. kalu ar mg tau bahawasanya, BAHASA MELAYU pure difahami oleh semua orang.. manakala LOGHAT TERENGGANU pure difahami oleh saing kita je..

syes aa, belom2 ni aku dok pahang pom npe mg kabo,, ye laa, sejak bertahun aku duk ganu, aku makin paham r ngan loghat korang..

listen,, aku dok duli r kalu korang nak mengagungkan loghat korang, tapi jgn lah sampai membenci orang ganung hok cakap luar, or bahasa mudahnya, BAHASA MELAYU PURE..

one day, mereka akan berhijrah ke negeri orang, so, kalu diorg cakap loghat ganung gop, orang len dok paham r.. ngerti? so, aku rasa tak de salahnya kalu mereka nak cakap BAHASA MELAYU PURE tanpa LOGHAT TERENGGANU..

kan lebih bagus praktis awal-awal cakap bahasa melayu pure? dari cakap bahasa kappung kita, orang len mne paham.. kalu paham mujur.. ngerti?

lagipon, ape salohnya kalu orang nak agungkan bahasa melayu? bahasa melayu bukan bahasa mg ke?
=.=''

ini yang berlaku kat terengganu, kat negeri lain aku tak tahu,.. sape dok stuju, komen. kita baloh dua.. =.=''

sekian
terima kasih kerana membaca ^_^

Jumaat, 22 Mac 2013

aku suka dia.. ehh? aku sayang dia.. bukan, aku cinta dia.. keliruu~~

Assalamualaikum.. hom2.. tajuk hari ni panjang sikit, tapi aku tak pasti entri ni panjang ke pendek.. aku akan terus menulis selagi aku ada idea.. kalau dah kering, aku terus kepada penutup lah.. ^_^

ok, dengan ini, e-froggy ingin mengaku bahawa, e-froggy ada meminati seorang lelaki.. lelaki la kan? kalau perempuan lain pulak jadinya.. =.='' 

aku mengenali lelaki ini pertama kali melalui blog nye... jeng, jeng, jeng.. tak leh bagitahu blognya,, nanti korang sapu.. =.=''

dia lah pencetus semangat aku untuk mencipta sebuah blog.. so tercipta la blog yang korang tengah hadap ni..

tapi, aku hanya meminatinya secara diam.. dia langsung tidak mengenaliku, apatah lagi menegurku.. seandainya dia tahu, aku stalk sokmo fb dia,, blog dia.. haha.. malu jugak kalau dia tahu.. :3

sejak akhir-akhir ni, perasaan suka aku dekat dia semakin bertambah.. aku pon tak tahu kenapa.. mungkin sebab dia hensem,, :P tapi, ada apa dengan wajah.. aku tak pandang semua tu..

so, aku mula berfikir.. apa selama ni ko tak berfikir ke? adakah aku suka dia? atau aku sayang dia? atau aku cinta dia?  

suka, sayang dan cinta adalah 3 element yang berbeza.. contoh:

1. suka
aku suka dia sebab aku rasa dia orang yang mencetuskan semangat untuk membina sebuah blog. dia la yang membakar semangatku untuk menjadi seorang blogger yang tak giler glamer.. dari blognya yang aku baca, dia juga menceritakan kisah kehidupan hariannya, dan  dia meletakkan sedikit nasihat di akhir entrinya sebagai kesimpulan..

dan aku pasti, sekiranya aku berjumpa dengannya atau mempunyai hubungan dengannya, aku tak akan kekal dengannya, kerana aku hanya menyukai dia, bukan menyayanginya.. ^_^

2. sayang
aku sayang dia kerana dia seorang yang baik. dan aku sayang dia sebagai seorang abang dan kawan yang baik.. sama seperti kawan perempuan aku yang lain.. sayang biasa2 je.. ^_^

dalam element ni, aku tahu aku takkan kekal dengannya sekiranya ada hubungan, kerana aku menganggapnya seorang abang dan kawan biasa...

3. cinta
aku dah sampai tahap kritikal. cinta ni kerana sekiranya dia mahu menjadi yang halal untukku.. maka akan terbit rasa cinta aku dengan sendiri..

element ini aku pasti aku dapat mengekalkan hubungan aku dengannya.. namun, itu bergantung juga dengan jodoh.. sekiranya dia bukan untukku, aku rela melepaskannya, kerana dia milik orang.. ^_^

dalam ketiga-tiga element ini pasti akan ada rindu dan cemburu.. tapi kita perlu tetapkan perasaan kita padanya sama ada suka, sayang atau cinta..

so, kepada pembaca yang mempunyai masalah rindu dan cemburu, pastikan dahulu perasaan anda.. buat pilihan terbaik.. tentukan sama ada si dia layak menerima rindu dan cemburu kita..

setelah aku berfikir, merenung dinding bilik aku yang dicat putih, aku dah tetapkan pilihan aku, bahawasanya, perasaan aku terhadap dirinya adalah........................!!

sekian 
terima kasih kerana membaca ^_^

Khamis, 21 Mac 2013

result,, ooo result~~ ^_^

Assalamualaikum, pembaca setia.. setia ke? lol.. tak per la tak setia.. aku sedar siapa aku..
*pergi bawak laptop duduk kat sudut bilik*

.......... after a few second.......

ok.. aku sambung balik ye.. td merajuk =.=''  tadi aku pergi jalan-jalan kat blog blog walking~ orang.. ramai plak update kisah pasal result pekse.. huhu.. aku pon nak update jugak la.. skill ketandusan idea.. nak buat macam mana..

okay, ceritanya bermula seperti ini:

pukul 6.45 pagi aku sudahpun berangkat keluar rumah.. tapi aku bukan pergi sekolah.. aku pergi pejabat mak aku.. mak aku malas nak ulang alik ke rumah.. sekrg aku tau aku dpt sifat malas dari sape.. lol.. pdhl mmg aku sendiri pemalas,, so, aku kebosanan kat pejabat mak aku tak buat apa-apa..

siriusli,, aku tak rasa berdebar sikit pon.. so, aku dah bosan menunggu pukul 10 tak sampai-sampai,, aku pon tido.. dengan penuh ketenangan..

dalam pukul 9.50 pagi, aku terjaga.. alahai.. lambat betul pukul 10.. aku pun tido balik.. dekat pukul 9.59 pagi, aku bangun, and capai enset aku.. kononnye nak cek r result pekse ikot telefon.. hantar SMS, tak sampai-sampai.. =.='' baik aku pergi ambik sendiri kat sekolah..

pukul 10.39 aku ajak mak aku pergi sekolah.. mak aku tengok je,, sambil berkata ''alah, bukan siap lalu pon result mu.. kekgi, nak tu lah, nak ni lah.. duduk lah dulu..''

aku dengan redha.. ''aaa... okay..'' duduk kat atas sofa*

then, sampailah saatnya, pukul 11 lebih, mak aku drift pergi sekolah aku.. waa~~ hebat betol mak aku..

akhirnya, sampailah saatnya.. aku sampai sekolah, terus majlis start,, timing tu penting.. tak sempat nak pergi koperasi amik divisyen aku.. =.=''

cikgu aku start majlis,, tapi tak de Al-fatihah pon,, aku baru perasan masa tulis entri ni.. =.='' majlis dimulai dengan ucapan pengetua yang paling aku hormati.. siyes memang aku hormat gler kat pengetua ni,, cara dia bercakap memang terpelajar.. =.='' kalau xterpelajar, xkn dia jd pengetua.. ok, abaikan..

pengetua aku pot pet,pot pet.. aku paham lah jugak sikit.. antaranya, tahun ni menurun purata gred.. thn lepas 6 orang straight A, tahun ni 4 orang je.. yang lain aku xpaham.. =.=''

so, tiba lah saat yang ditunggu-tunggu.. cikgu announce nama budak start dari 6A sampai 11A.. haha.. agak excited jugak masa tu, sebab aku expect nama aku duduk kat 9A.. haha.. orang bagi betis nak peha.. =.='' 

aku agak berdebar jugak masa tu,, tapi, sabar je la.. sorang-sorang nama kawan aku dipanggil,, akhirnya.. ''e-froggy''.. aku tersentak.. what? what? sape yang berani panggil nama aku? tapi tak sangka plak cikgu panggil nama aku masa kat kategori 6A.. haha..

lol,, sape kata aku tak bersyukur dapat 6A, meh sini.. aku nak gigit sikit.. aku bersyukur dapat 6A, walaupun aku inginkan 9A.. haha,, at least ade lah jugak syarat minima masuk U.. ^_^

bahagia pelik aje aku rasa, tapi mak aku agak frust la, sebab Bahasa Melayu aku dapat B+.. macam mana aku ni? bahasa lain dapat A plak.. aku terasa pelik... aku orang negara mana sebenarnya.. =.=''

tapi Alhamdulillah, sebab tak de subjek yang gagal.. semua kepujian.. ^_^.. walau apa pon, sapa yang tidak berjaya dengan keputusan yang diidamkan,, jangan sedih, sebab rezeki Allah ada kat mana-mana..

sekian
terima kasih kerana membaca ^_^

Selasa, 19 Mac 2013

walauPon Kau JoNgang,, Kau tEtaP cantiK dImaTakU~~ ^_^

Assalamualaikum... wink2. tetiba aku terfikir nak update pasal tajuk ni.. tak de la.. hari tu, ak terbaca blog hamba Allah ni, katanya malu, sebab giginya tak tersusun rapi, tak lawa macam orang lain.

kalau orang bercakap dengan nya, pasti akan melihat kearah giginya yang serba tak kena..

lalu beliau memutuskan untuk memakai braces.. yeah!! good job man!! thumbs up..

lol,, mungkin kalian akan mengatakan bahawa sekiranya aku berada di tempatnya,, aku akan merasa malu.. memang.. aku memang akan merasa malu sekiranya memiliki gigi yang tak sempurna..

dan aku disini bukan untuk membahaskan isu pendakap gigi, or feeling orang tak sempurna gigi.. aku sekadar nak bagi pendapat aku mengenai feeling aku terhadap mereka-mereka ini..

aku ada seorang kawan aku yang giginya tidak tersusun atur,, atau jongang lah,, payoh ngat ar, nulis panjang2.. dia ada bagi tahu aku, dan minta pendapat aku mengenai pemakaian braces..

ada 2 sebab kenapa dia perlukan braces.

1. malu sebab giginya jongang.
biasalah, manusia ada perasaan malu,, kalu xde robot la tu..

2. payah nak membaca Al-Quran.
sebutan ayat Al-Quran lari kerana faktor gigi.. ah. biar la,, memang susah nak sebut.. sebab gigi dia macam tu..

disini aku nak bagi pendapat aku, perasaan aku bila berhadapan dengan orang jongang ni..

kadang-kadang bila aku jumpa dengan kawan aku ni, perkara pertama yang akan aku tengok.. gigi dia laa.. tak kan mata kot.. kenapa jadi macam tu?

sebab, dalam banyak-banyak anggota kat muka dia, gigi dia paling terserlah. kadang-kadang aku tengok dia unik pulak. mempunyai sebaris gigi yang macam tu..

so, kepada siapa yang gigi nya tidak lawa macam yang korang sendiri dakwa.. fikir-fikirkan lah penulisan aku ni..

gigi korang tu bukan huduh.. unik sebenarnya, sampai aku tak nak tengok kat tempat lain dek kerana keunikan gigi korang..

gigi yang macam tu tarikan sebenarnya.. setiap orang ade tarikan tersendiri.. kalau macam aku, tarikan aku ialah jerawat aku.. lol.. agak malu sebenarnya.. sebab tu aku tak suka tengok cermin..

kalau tengok cermin, nampak jerawat, aku rasa malu plak.. kalau tak tengok, xnampak jerawat... rasa seperti juara.. like a boss!!

so kalau ada orang ejek gigi korang.. bangun dengan yakin dan kata.. '' gigi aku lebih unik dari korang.. tengok gigi korang,, sama jenis je.. gigi aku gok lain..'' pastu korang blah la.. takut jadi kes lain pulak..

hebat kan? so sampai sini je la coretan aku.. semoga berjumpa lagi..

sekian
terima kasih kerana membaca ^_^

Contact Lense~~ ^__^

Assalamualaikum~  haha,, tajuk kita hari ini ialah kanta lekap.. dalam english dipanggil contact lense.. lol..
aku pun tak tahu,, tetiba je hari ini teringat cerita pasal kanta lekap ni.. so, aku nak kongsi cerita pasal kanta lekap.

secara umumnya, aku mengaku pernah pakai kanta lekap ni.. yer la, sebagai seorang manusia yang memakai glasses, aku teringin nak cuba seharian tanpa glasses.. so aku beli kanta lekap dengan harga RM25.. pakej lah ni,, sekali dengan air dan bekas lense..

hoho,, tentunya aku beli di kedai spek yang berdaftar.. aku sayang mata aku.. beli yang murah takut jugak jadi pape kat mata aku.. aku ni muda lagi nak jadi cacat penglihatan.. =.=''

kanta lekap ni dah jadi trend kat sekolah aku masa tingkatan 5.. ramai kawan-kawan yang beli lense berwarna.

aku pakai lense jernih.. pure, nampak warna mata aku sebenar.. bukan fake,, lol.. kalau orang kata mata aku cantik terima kasih lah ye.. sebab semua tu ciptaan Allah.. Allah ciptakan semuanya cantik..

ada kawan aku yang tanya, kenapa tak pakai lense berwarna.. aku cuma mampu tersenyum.. tak reti nak jelaskan macam mana kat diorang..

tapi, antara sebab aku tak nak pakai lense warna:

1. warna mata aku lebih cantik dari warna lense..
lol,, memang mata asli lebih cantik.. dan aku sangat sukakannya.. warna lense mengarut,, mencacatkan pandangan orang sekeliling je..

2. bahaya pakai lense berwarna.
yang ni aku tak pasti, tapi aku ada terdengar ura-ura yang kata lense berwarna bahaya.. so, aku tak nak ambik risiko menjadi buta.

3. mengubah ciptaan Allah.
masa tingkatan 4 aku ada belajar pasal mengubah ciptaan Allah. so, aku taknak menambahkan lagi kemurkaan Allah terhadap diriku.. lol..

4. menarik perhatian orang.
secara jujurnya, aku tak suka tarik perhatian orang dengan mata bersinar-sinar dengan warna pelik-pelik.. semua orang tengok aku macam pelik je kalau aku pakai lense berwarna. =.=''

anyways, tentang sebab ketiga tu, baru-baru ni aku terbaca tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus tentang lense berwarna..

katanya, kalu lense tu warnanya tidak terang, atau hampir sama dengan warna mata asli, dibenarkan pakai. sebab ia tidak menarik perhatian orang ramai. kita perlu tengok dengan teliti baru perasan lense yang dipakai adalah lense berwarna.

lol,, walau apapun, aku masih tak rela pakai lense berwarna.. haha..

biasanya, aku pakai lense dekat sekolah je.. sebab kat sekolah ada kawan yang akan tolong pakaikan. lol..
aku mengaku, aku tak pandai pakai lense ni.. selama sebulan aku dengan lense ni, aku masih tak pandai pakai lense.. haha..

kawan aku lah yang pakai kan.. dia lah yang cabutkan.. semua dia buat,,

aku ni bukan apa, aku rasa macam sedang mencucuk mata sendiri je kalau aku pakai sendiri.. kalau orang buatkan, aku tak nampak apa dia tengah buat.. entah2 dia tengah tonyoh mata aku..

by the way,, kalu ada pembaca yang nak pakai lense tu,, hati-hati semasa memakai lense.. jangan tidur semasa pakai lense.. dikhuatiri lense beralih ke belakang mata..

kalau dah jadi macam tu,, kene operate lah mata tu..

haha,, sekadar renungan..

sekian,,
terima kasih kerana membaca