Ahad, 24 Mac 2013

malu parent hadir ke sekolah? aku malu kawan dengan ko~~

Assalamualaikum.. tajuk hari ni sedih sikit, aku pon tak tahu sedih ikot mana.. kalau tak sedih tak pe, aku rasa sedih..

dewasa kini, masa zaman aku sekolah dulu, ada ayah kawan aku, pagi2 dia mari sekolah, tapi tak selalu la, kadang-kadang, kalau anak dia tak sempat makan pagi.. hantar kuih.. nyum3.. ^_^ aku pon menyibuk laa. takkan la dia nak makan sorang2.. hahaha(ketawa jahat)

tapi dia tak malu pon ayah dia mari hantar makanan.. tu yang membuatkan aku respect dia..
tabikkk!! >.<

kadang-kadang ada budak yang rasa malu bila parent datang sekolah.. sedih plak aku rasa., mungkin dia malu dengan cara pakaian parentnye,,

sepanjang aku hidup ni, aku harap jugak kalau parent aku datang bawak makanan sampai kat kelas.. haha, walaupun makanan dah dijual, tapi apa salahnya?

ini menunjukkan betapa parents sayang kat kita, btol x? so bangga la sikit kalau parents sanggup datang sekolah semata-mata untuk kita.. aku bangga mak aku datang sekolah..

bagi aku, kalau ko malu dengan parent ko, aku malu nak kawan dengan ko.. jangan tego aku, sebab aku malu kalau orang nampak aku cakap dgn ko..

apa perasaan korang kalau ada anak, dan anak malu bawak korang jumpa dengan kawan sekolah? sedih beb.. so, jgn ada perasaan malu nak bawak parent pergi sekolah..

''tak kan nak lepak dengan kawan pon kene bawak parents?''

lol, aku nak bagi tahu xreti.. aku tengah cakap pasal aktiviti kat sekolah laa.. bukan aktiviti lepak dengan kawan.. dah lepak dengan kawan tak pe la tak bawak parents, diorang pon tak nak ikot sebenarnya,, =.=''

banyak lagi aktiviti diorang nak buat daripada ikot korang lepak ngan kawan2.. pergi pasar, masak, kemas rumah, bla3.. tak tertulis aku kalau nak senarai..

so, pesan aku, xyah nak malu sangat la kalau parents munculkan atau kiss2 korang depan kawan2, or cikgu.. sedangkan mak kita terpaksa tahan malu depan doktor masa nak sambut korang lahir, lebih2 lagi doktor laki.. kena tengok kat bawah tu, nak sambut korang.. malu der,, jangan ingat kitorang xmalu orang tgk..

bangga lah sesiapa yang ada parents, sedangkan ramai orang lain yang yatim piatu..

sayangilah parents kita sebelom mereka menutup mata selamanya..

hargailah pengorbanan mereka sepanjang kita hidup..

sekian,
terima kasih kerana membaca ^_^

2 ulasan:

sila tinggalkan sepatah dua kata sebelum berangkat ye~ ^_^